Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat 12 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap beberapa negeri dan wilayah persekutuan hingga jam 9 malam ini.
Menurut METMalaysia dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Difahamkan, seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga diramal dibadai cuaca buruk berkenaan.
Di Kedah, kawasan yang terjejas adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Sementara di Perak pula, amaran yang dikeluar melibatkan kawasan Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Selain itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Di Pahang, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin.
Seterusnya di Selangor, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Beralih ke Negeri Sembilan, METMalaysia mengeluarkan amaran tersebut bagi kawasan di Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau. Manakala di daerah Segamat, Kluang dan Mersing antara kawasan yang terlibat di Johor.
METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda daerah Serian, Betong (Saratok) dan Limbang (Lawas) di Sarawak.
Dalam pada itu, amaran yang sama dikeluarkan di daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat di Sabah.
Sehubungan itu, METMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: FIFA Sahkan Mats Deijl Tak Lepasi Syarat Untuk Sertai Harimau Malaya – FAM