Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai 12 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga jam 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.
12 negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Johor dan Perak.
Di Kedah, kawasan yang terjejas dengan amaran tersebut adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Sementara di Pulau Pinang pula, amaran yang dikeluar melibatkan kawasan di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
Lanjutan daripada itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di negeri pantai timur iaitu di Terengganu yang melibatkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Manakala di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
Di Pahang, hujan lebat dan ribut petir dijangkakan melanda kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Seterusnya di Negeri Sembilan, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.
Dalam pada itu, amaran yang sama dikeluarkan di daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Beluran) di Sabah.
Sementara itu, daerah Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran hujan lebat dan petir.
BACA: Pasukan MALBATT Di Selatan Lubnan Selamat, Tiada Kerosakan Aset – Mohamed Khaled
Sumber: