Siakap Keli
perfume bau spicy
Kredit: Bing AI

Apa Maksud Minyak Wangi Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

Apa Maksud Minyak Wangi Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

Apabila menyebut tentang pewangi, terdapat pelbagai jenis yang boleh didapati di pasaran. Antaranya pewangi kereta, bilik, pakaian dan juga pewangi badan. Kesemua pewangi ini mempunyai not bau yang berbeza dengan kepekatan yang berbeza, mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing.

Menurut seorang pengkaji dari Universiti McGill di Kanada, sejarah penggunaan pewangi telah lama bermula iaitu sejak 4000 tahun yang lalu. Pewangi atau perfume, pada asalnya datang daripada perkataan Latin iaitu per dan fumus yang bermaksud teliti dan asap. Orang Perancis pula menggelar bau-bauan yang terhasil apabila membakar kemenyan sebagai parfum.

Menerusi perkongsian Women’s Wear Daily, terdapat banyak muzium di serata dunia yang menyimpan bekas pewangi yang digunakan pada zaman dahulu. Contohnya Museum of Perfume dan Girona Archeological Museum di Sepanyol.

Kredit: Bing AI

Pewangi pada mulanya digunakan di zaman Mesopotamia dengan membakar kemenyan. Begitu juga dengan penggunaannya pada zaman kegemilangan Mesir. Pewangi hanya digunakan untuk ritual keagamaan yang akhirnya diberi kelonggaran untuk digunakan rakyat biasa sebagai bahan mandian.

BACA: “Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone”

Dalam kita memilih pewangi yang sesuai dengan hidung sendiri, pastinya telah banyak haruman yang kita cuba. Ada yang berbau manis, bunga-bungaan, kasturi, malah ada juga yang berbau ‘eksklusif’.

Jangan tak tahu, rupanya ada juga pewangi yang berbau spicy. Perkataan spicy datang dari kata akar spice, yang membawa maksud rempah. Jadi, agaknya macam mana bau spicy tu? Adakah bau seperti serbuk kari yang kita guna di dapur? Atau bau seperti cinnamon bun?

Aroma bau berempah ini sebenarnya telah lama menjadi pilihan segelintir peminat pewangi badan. Apabila memakai wangian berbau rempah ini, tidak bermakna bau kita seperti kari atau tomyam. Bau rempah ini menjadikan pewangi tersebut sama ada lebih kuat dan tajam, atau juga lembut berkrim.

perfume bau spicy
Kredit: Bing AI

BACA: Ini Cara Untuk Tahu Badan Berbau Busuk Atau Tidak

Pewangi berbau rempah boleh dikategorikan kepada dua menurut The Dossier iaitu rempah hangat dan rempah segar.

Pewangi dengan rempah yang menghangatkan sering menggunakan aroma yang diekstrak daripada kulit kayu manis, buah pala, cengkih, lada dan kunyit. Golongan ini membawa bau ‘berkayu’ (woody) dan ‘berasap’ (smoky).

Aroma yang membawa aura kehangatan ini biasanya dijadikan not asas pewangi yang boleh kekal sehingga enam jam.

Manakala pewangi dengan rempah yang menyegarkan pula diekstrak daripada buah pelaga, ketumbar, pink pepper dan halia. Golongan rempah ini mengeluarkan bau asid buah-buahan dan sayuran.

Bau berempah ini sering dijadikan not atas (rujuk gambar rajah)  dalam penghasilan satu-satu pewangi badan. Jadi, bau ini hanya akan kekal selama beberapa minit selepas ia disembur. Bahasa mudah, sebagai ‘pembuka bicara’ bagi deria bau.

pembahagian not perfume
Kredit: Fragrance X

Sebenarnya, wangian berasaskan vanila juga tergolong dalam pewangi spicy. Aroma vanila yang manis dan sedikit berkrim menjadikan rempah ini antara wangian rempah pilihan kebanyakan pengeluar pewangi.

Jadi, inilah dia bau-bauan yang dipanggil spicy dalam perfume. Semoga dapat membantu anda tentukan pewangi yang menjadi pilihan hati.

Sumber: Universiti McGill, The Dossier, Ottaviano, Fragrance X, Women’s Wear Daily

BACA: Jangan Buang, Ini Tip Paling Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.