Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Beroperasi Lebih 100 Tahun
Kredit: AFP

Syarikat Penerbangan Antara Tertua Di Dunia Bakal Ditutup

Athirah

Syarikat Penerbangan Antara Tertua Di Dunia Bakal Ditutup

Salah satu syarikat penerbangan tertua di dunia, Czech Airline bakal menutup operasinya pada hujung bulan Oktober ini.

Menurut News.com.au, penerbangan terakhir syarikat itu akan tiba dari Paris pada 28 Oktober, menandakan berakhirnya operasi mereka secara rasmi.

Czech Airlines yang pernah menjadi salah satu syarikat penerbangan terbesar di Eropah difahamkan sudah beroperasi lebih 100 tahun.

Bagaimanapun ketika ini, syarikat tersebut kini hanya beroperasi di dua laluan penerbangan sahaja iaitu ke Paris dan Madrid dari Lapangan Terbang Václav Havel di Praha.

Malah, Czech Airlines juga hanya memiliki dua pesawat sahaja iaitu jenis A320-200.

Difahamkan, keputusan untuk menamatkan operasi itu diambil disebabkan jumlah penumpang yang semakin merosot dari tahun ke tahun.

Selain itu, kegagalan untuk bersaing dengan syarikat penerbangan tambang murah yang lain serta kesan pandemik dikatakan turut menjadi punca.

Malah, turut terdapat laporan salah urus syarikat melibatkan pembelian yang mahal dan perbelanjaan yang berlebihan berlaku.

Ia kemudian membawa kepada kemerosotan prestasi syarikat penerbangan berkenaan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Czech Airlines turut mengesahkan bahawa syarikat penerbangan Republik Czech yang lain iaitu Smartwings bakal mengambil alih operasi mereka.

Syarikat penerbangan kelima tertua di dunia

Menurut News.com.au, Czech Airlines merupakan syarikat penerbangan kelima tertua di dunia selepas KLM (1919), Avianca (1919), Qantas (1920) dan Aeroflot (1923).

Penerbangan sulung syarikat tersebut berlepas pada 29 Oktober 1923 dengan menggunakan Czechoslovak State Airlines sebagai nama rasmi.

Pada tahun-tahun awal operasi, syarikat tersebut memainkan peranan penting dalam menghubungkan Prague ke Bratislava, dan menambah beberapa laluan antarabangsa seperti Paris, Berlin dan Moscow tidak lama kemudian.

Semasa Perang Dunia II meletus, syarikat itu menggantung sementara operasi sebelum disambung semula selepas perang tamat.

Czech Airlines kemudian terus mengembangkan laluan penerbangan ke Eropah, Timur Tengah dan Asia. Menjelang 1980, syarikat itu muncul antara syarikat penerbangan terbesar di Eropah Timur dengan lebih 50 destinasi.

Kini, Smartwings menjadi syarikat penerbangan terbesar di Pepublik Czech dengan lebih 80 destinasi.

BACA: Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal

BACA: Syarat Program Peralihan Lesen Kelas B Dilonggarkan – Loke

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber: News.com.au.