Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
khabib tidur
Gambar: TikTok @symrsaha

Netizen Terhibur Khabib Geleng Kepala, Suruh ‘Tidur’ Lepas Tengok Peserta Buat Tumbukan

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Netizen Terhibur Khabib Geleng Kepala, Suruh ‘Tidur’ Lepas Tengok Peserta Buat Tumbukan

Kehadiran legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov di Malaysia sejak beberapa hari lalu terus mencuri perhatian ramai.

Setiap gerak-gerinya menjadi perbualan hangat, termasuklah sebuah klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @symrsaha mendapat sambutan.

Dalam video tersebut, Khabib dilihat memantau sesi latihan seni bela diri di Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sudah pastinya, ini peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh pencinta sukan ini apabila dapat bertemu dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori lightweight itu.

Selain itu, mereka juga berpeluang menerima tunjuk ajar dan tip berharga daripada Khabib, yang tidak keberatan memberi panduan latihan yang betul.

Namun, yang paling mencuit hati, Khabib sempat berseloroh sewaktu memerhati perkembangan latihan tersebut.

Dalam video yang dikongsikan, Khabib meletakkan kedua-dua tangannya di pipi, menandakan isyarat “tidur” selepas melihat salah seorang peserta melakukan tumbukan.

Gelagat Khabib ini nyata menghiburkan ramai, dengan pelbagai reaksi ditinggalkan oleh warga maya di ruangan komen.

“Kalau korang tengok Khabib latih pasukan dia di Dagestan, tak ada lembut-lembut macam ni,”

“Khabib cakap kalau macam ni gaya, hang balik tidur lagi bagus,”

“Dia berlatih dengan beruang, bukan manusia,”

Mungkin ini rahsia latihan buat Khabib “power”

Sebelum ini, tular video latihan Khabib yang memaparkan dirinya bergusti dengan seekor anak beruang ketika beliau berusia sembilan tahun di kampung halamannya di Dagestan.

Tidak cukup dengan itu, menerusi perkongsian di Twitter oleh Bleacher Report, satu rakaman memaparkan Khabib sedang menjalani latihan yang agak mencabar untuk dilakukan.

Berdasarkan rakaman itu, Khabib dilihat sedang menjalani latihan dengan berenang melawan arus di sebuah sungai yang sangat sejuk.

Arus sungai yang deras itu memaksa Khabib untuk terus berenang ke hadapan supaya dia tidak dihanyutkan.

BACA: Khabib Nurmagomedov Tiba di Malaysia

BACA: Khabib Pelawa Jojo Berlatih Di Dagestan

BACA: Khabib Bertemu TMJ, Cadang Buka Gimnasium Latihan Rasmi Di Johor

Sumber: TikTok @symrsaha