Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Khabib Nurmagomedov Malaysia
Gambar: Bernama

Khabib Nurmagomedov Tiba di Malaysia

Iqbal Yasir

Khabib Nurmagomedov Tiba di Malaysia

Legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov, kini berada di Malaysia bagi menghadiri acara khas anjuran Faith Events.

Difahamkan, acara tersebut berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Khabib, bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah tewas sepanjang kariernya, disambut meriah oleh peminat ketika beliau naik ke pentas.

Acara itu dipengerusikan oleh selebriti terkenal Malaysia, Alif Satar, yang turut berinteraksi bersama atlet legenda kelahiran Dagestan, Rusia itu.

Kehadiran Khabib di Malaysia turut mendapat perhatian besar di media sosial.

Saluran radio popular, Gegar, berkongsi video di Facebook yang menunjukkan aura bintang MMA itu.

Khabib Nurmagomedov in the house! Aura dia memang lain macam,” tulis mereka dalam kapsyen video tersebut.

https://www.facebook.com/reel/1194387081833368

Sebelum ketibaan Khabib, penonton turut disajikan dengan persembahan menarik oleh jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Jojo.

Aksi Muay Thai yang dipersembahkan Jojo menambahkan lagi kemeriahan acara sebelum Khabib tampil di pentas utama.

BACA: Ringgit Malaysia Makin Kukuh, Ini Kesan Terhadap Negara & Rakyat

Khabib sebelumnya telah mengumumkan kehadirannya ke Malaysia melalui satu hantaran Instagram, di mana beliau memaklumkan akan bertemu peminat pada 29 September.

Selain itu, beliau juga akan menemui peminat di Jakarta, Indonesia pada 5 Oktober dalam acara bertema “Khabib: The Path of a Champion”.

“Assalamualaikum kepada semua peminat saya di Indonesia dan Malaysia. Saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bertemu peminat saya dari Malaysia dan Indonesia tidak lama lagi. Jumpa anda di sana,” tulis Khabib dalam hantaran tersebut, yang mendapat reaksi hangat dari para pengikutnya.

Siapa Khabib Nurmagomedov?

Khabib Nurmagomedov merupakan seorang legenda MMA dari Republik Dagestan, Rusia, dan dikenali sebagai Muslim pertama yang berjaya merangkul gelaran juara UFC.

Beliau bertarung dalam kategori lightweight dan kekal sebagai juara tanpa pernah tewas sepanjang kariernya, mencatatkan rekod luar biasa 29-0 dalam UFC.

Khabib memegang gelaran Juara Lightweight UFC dari April 2018 hingga Mac 2021, menjadikannya juara bertahan paling lama dalam sejarah kategori tersebut.

Kejayaannya terus dikenang sebagai pencapaian luar biasa dalam dunia MMA.

BACA: (Video) “Inilah Yang Terjadi Apabila..,” Khabib Titip Pesanan ‘Panas’ Dipercayai Kepada Conor McGregor Susulan Kekalahannya

BACA: Empat Rumah Di Sebuah Taman Perumahan Batu Gajah Alami Tanah Mendap

Sumber: Facebook Gegar