Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
tanah mendap batu gajah
Gambar: Sinar Harian

Empat Rumah Di Sebuah Taman Perumahan Batu Gajah Alami Tanah Mendap

Iqbal Yasir

Empat Rumah Di Sebuah Taman Perumahan Batu Gajah Alami Tanah Mendap

Empat rumah di sebuah taman perumahan di Batu Gajah, Perak dilaporkan terkesan susulan tanah mendap.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Taman Teja, Tanjung Tualang itu dipercayai akibat hujan lebat dan kebocoran paip, lapor Sinar Harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, V Bavani bagaimanapun menjelaskan bahawa punca sebenar insiden terbabit masih lagi dalam siasatan.

Menurut beliau, tinjauan di sekitar lokasi kejadian telah dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Lembaga Air Perak (LAP) sejurus insiden itu.

“Keadaan di lokasi terkawal dan penghuni rumah yang terlibat juga sudah dinasihati berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Pihak MDBG sedang mengemukakan permohonan daripada kerajaan negeri bagi mendapatkan peruntukan kecemasan untuk membaik pulih kawasan terjejas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bantuan berkaitan juga sedang diusahakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Berdasarkan maklumat, taman perumahan tersebut telah wujud sejak 30 tahun lalu dan infrastruktur yang ada juga sudah lama.

Sehubungan itu, beliau berharap isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak-pihak berkaitan yang terlibat dalam membantu penduduk terjejas.

Difahamkan, rata-rata penghuni rumah yang terjejas kini menetap sementara di rumah ahli keluarga masing-masing sehingga isu berkenaan selesai.

Dalam pada itu, seorang mangsa, Chai Chuk Yen, 50, yang juga seorang peniaga nasi lemak memberitahu ketika kejadian dia hanya tinggal berseorangan di dalam rumah sementara suaminya berada di Ipoh.

Kejadian disedari apabila Chai keluar dari rumah dan mendapati struktur tanah mendap di hadapan kediaman jirannya.

“Saya ketika itu memang takut sebab duduk seorang sebab baru-baru ini pun rumah saya terjejas akibat ribut.

“Ini pertama kali berlaku dan saya harap sangat masalah ini diselesaikan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.

BACA: 33 Terkorban, 195 Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Lubnan – Kementerian Kesihatan

BACA: Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pelajar Termuda Daftar Masuk UM

BACA: Mangsa Kedua Kejadian Hanyut Akibat Arus Deras Ketika Banjir Ditemukan Lemas

Sumber: Sinar Harian