Siakap Keli
Kredit: Syahierah Zainal

“7 Bulan Allah Pinjamkan,” Wanita Kongsi Detik Sayu Anak Dijemput Ilahi Ketika Tidur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“7 Bulan Allah Pinjamkan,” Wanita Kongsi Detik Sayu Anak Dijemput Ilahi Ketika Tidur

Dikandung sembilan bulan, hadirnya disambut dengan penuh kesyukuran. Kesakitan ketika melahirkan yang dirasa seorang ibu terubat apabila melihat anakanda membesar, bermain bersama.

Namun pemergian seorang anak seperti halilintar menyambar jiwa seorang ibu. Apatah lagi anak yang baru dilahirkan tidak sempat menginjak ke alam dewasa.

Itulah yang dirasai oleh Syahierah Zainal tatkala menerima perkhabaran perginya si kecil, Naura Ameena Muhamad Yusri.

Menerusi kiriman di Facebook, Syahierah berkongsi detik-detik ketika puteri kesayangannya itu dijemput ilahi.  Ikuti perkongsian di bawah ini.

Sabtu Ahad kita luang masa sama-sama, Ahad tu kita tangkap gambar, kita main, baik sangat awak. Kita balik rumah lepas magrib papa mandikan awak, mama siapkan, main-main ngn awak. Jam 8 malam minta papa tidurkan. Tapi awak mengamuk tak nak tidur dgn papa.

9 malam mama datang pujuk dodoi, awak tertidur macam biasa. Last mama tinjau awak tidur dekat tempat yang sama. Mama keluar bilik, duduk depan dengan abang.

BACA: “Rindu..,” Nukilan Pilu Bapa Bayi Maut Di Taska Buat Ramai Sebak

10-11 malam, papa masuk bilik nak tidurkan abang, papa nampak awak kat tempat yang sama last mama tengok awak tidur. Papa nampak awak dah tak begerak, badan awak dah biru. Papa angkat awak dah lembik, papa jerit, “Ma anak dah biru!” Mama mcm nak gila minta tolong jiran-jiran.

11:20 bawa ke klinik terdekat, doktor sahkan awak dah tak ada. Gelap dunia mama. Dalam sejam je Allah ambil awak, awak pergi macam tu je. Sekelip mata.

Mama takde dengar pun awak menangis, sikit pun awak tak tunjuk apa-apa simptom. Sakit sangat mama nak terima, nak. Mama salahkan diri mama sebab mama last yang tidurkan awak. Mama fikir awak tersedak susu atau lemas sebab mama. Mama rasa bersalah sangat.

Kredit: Syahierah Zainal
Kredit: Syahierah Zainal
Kredit: Syahierah Zainal

Ramai datang teman awak sekali malam tu, tunggu sampai 4 pagi polis datang. 5 pagi kita sampai dekat bilik jenazah forensik. Mama kena balik tinggalkan awak dekat forensik.

8:30 pagi IO call minta datang ke forensik, awak kena postmortem sebab nak tahu punca kematian. Mama tak izinkan, mama tak nak awak kena belah. Mama tak sanggup nak tengok awak sakit lagi. Tapi doktor dan IO berkeras, akhirnya mama terpaksa akur. IO ambil keterangan daripada mama papa.

BACA: Kanak-kanak & Bayi Hanyut Dibawa Arus Disahkan Adik-Beradik

9:40 pagi start postmortem, doktor cakap 3 hingga 4 jam je, tapi lama mama tunggu awak nak, 3 petang baru selesai. Result postmortem keluar, doktor explain satu per satu. Doktor cakap awak bukan pergi sebab lemas atau tersedak susu, tak ada pun tanda-tanda tu. Tapi doktor jumpa benda pelik dalam badan awak.

Rupanya…

Awak kena infection nak. Limpa, usus, perut awak penuh dengan kuman, infection. Awak pergi mungkin disebabkan infection tu.

Mama tak sangka sangat sebab awak sihat, awak gemuk, ceria, awak kuat senyum, langsung tak ada tanda-tanda awak sakit. Awak tak demam, batuk or apa, najis awak pun OK.

Tapi doktor tak dapat detect kuman tu dari mana, kuman apa atau bila kuman tu dah ada. Tak tahu punca datang dari mana. Doktor kata kes ini rare, sampel kuman dihantar ke lab, 3 hingga 4 bulan baru tahu final result. Dalam surat kematian awak, punca kematian “Pending Analysis”.

Bila dengar, mama rasa lega awak pergi tak terseksa. Awak pergi masa tidur, dalam diam tanpa rasa sakit. Awak betul-betul tak nak susahkan mama papa. Tak nak bagi mama papa tengok  awak pergi. Rasa bersalah mama hilang bila tahu awak bukan lemas, tapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit nak.

BACA: Isteri Sabari Pasrah Jasad Suami Belum Ditemukan

Postmortem dah selesai doc cakap dah boleh ambil jenazah Naura untuk mandi.

Kredit: Syahierah Zainal

Papa dan atok tak bagi mama tengok sebab diaorang takut mama tak boleh terima keadaan jasad awak yang dah dibedah, diaorang takut mama pitam lagi.

Tapi mama berkeras, walau macam mana kadaan awak masa tu tak apa, mama redho. Mama nak mandikan awak buat kali terakhir. Tapi bila tengok jasad awak, masha-Allah cantiknya awak sayang, sempurna jahitan postmortem awak. Muka awak macam awak tengah tidur, jasad awak macam biasa mama papa selalu mandikan. Cuma kali ini mama papa mandikan dalam kadaan awak dah tak bernyawa.

Mama papa kafankan awak, mama papa sempurnakan fardhu kifayah yang terakhir untuk awak. Mama cium awak buat kali terakhir, wangi sangat awak, bersih suci muka awak, anak syurga. Kami hantar awak sampai ke negeri abadi awak, sayang. Mama cuba sebaik mungkin sempurnakan amanah mama ni.

7 bulan Allah pinjamkan
Kredit: Syahierah Zainal
7 bulan Allah pinjamkan
Kredit: Syahierah Zainal

7 bulan je Allah pinjamkan awak untuk mama, mama tak puas lagi gomol awak. Perit sangat mama nak terima tapi mama redho, mama dah lepaskan awak, mama dah terima qada’ qadar Allah. Awak dah bermain-main dengan kawan-kawan dekat syurga. Lega bila Mama tahu awak bahagia dekat sana.

Doakan mama kuat ye sayang, kat sana nanti tarik mama papa abang ya. Awak selalu ada dalam hati mama papa, abang Noah. Selamat jalan wildan syurga.

Naura Ameena binti Muhamad Yusri
14/02/2024-29/9/2024

Sumber: Syahierah Zainal

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.