Siakap Keli
senarai institut memandu
Kredit: Bernama

Ini Senarai Institut Memandu Laksana Program Peralihan Lesen Kelas B

Ini Senarai Institut Memandu Laksana Program Peralihan Lesen Kelas B

Seperti yang diketahui, program peralihan lesen B (motosikal berkuasa tinggi) telah bermula sejak 1 Oktober lalu. Orang ramai sudah boleh membuat permohonan jika layak dan menepati syarat yang telah ditetapkan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, seramai 3,328,603 daripada 9,319,844 pemegang LMM Kelas B2/B1 layak menyertai program itu setakat 3 Oktober.

Susulan itu juga, mereka yang layak sudah boleh mula mendaftar di 139 institut memandu di seluruh negara.

BACA: Syarat Program Peralihan Lesen Kelas B Dilonggarkan – Loke

“Senarai institut memandu yang menawarkan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B boleh didapati dengan mengimbas kod QR.

“Untuk makluman, senarai tersebut juga akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Berikut senarai institut memandu yang dikeluarkan oleh JPJ:

KEDAH

Kredit: JPJ
Kredit: JPJ
Kredit: JPJ

PULAU PINANG

Kredit: JPJ
Kredit: JPJ
Kredit: JPJ

PERAK

Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

KUALA LUMPUR

Kredit: JPJ

SELANGOR

senarai institut memandu
Kredit: JPJ
Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

NEGERI SEMBILAN

Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

JOHOR

Kredit: JPJ
Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

PAHANG

Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

TERENGGANU

Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

KELANTAN

Kredit: JPJ
Kredit: JPJ

SABAH

senarai institut memandu
Kredit: JPJ
Kredit: JPJ
Kredit: JPJ
senarai institut memandu
Kredit: JPJ

SARAWAK

senarai institut memandu
Kredit: JPJ

Terdahulu, syarat program peralihan itu telah dilonggarkan serta-merta susulan keluhan orang ramai yang tidak layak menyertai program itu.

Memetik Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut.

Kelonggaran itu adalah munasabah kerana lesen tidak dapat diperbaharui ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Kerajaan telah memberikan pengecualian pembaharuan lesen memandu bagi semua pemegang lesen sepanjang tempoh PKP itu.

Pun begitu, syarat lain kekal dan tidak akan dikompromi termasuk pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam dan tunggakan saman.

“Kita buat pertukaran (sistem) serta-merta untuk memudahkan orang ramai. Kita mohon kesabaran orang ramai dan dalam masa beberapa hari, mereka (pemohon) boleh ambil program itu di institut memandu yang terlibat,” kata Loke.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.