Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pelakon John Wick perlumbaan kereta
Gambar: X @Discussing Film

Pelakon John Wick “Debut” Dalam Perlumbaan Kereta Profesional Curi Perhatian

Iqbal Yasir

Pelakon John Wick “Debut” Dalam Perlumbaan Kereta Profesional Curi Perhatian

Pelakon terkenal Hollywood, Keanu Reeves, sekali lagi mencuri perhatian dunia, tetapi bukan kerana watak ikoniknya dalam filem-filem seperti John Wick atau The Matrix.

Kali ini, Reeves mengejutkan ramai dengan membuat debut dalam perlumbaan kereta profesional di Litar Lumba Motor Indianapolis pada Sabtu, lapor CBS News.

Penampilan pertamanya dalam pertandingan Piala GR Toyota itu menyaksikan Reeves berjaya menamatkan perlumbaan dengan berada di kedudukan ke-25.

Dalam pertandingan tersebut, Reeves mengalami detik mencemaskan apabila kereta yang dipandunya tergelincir daripada trek dan berpusing ke kawasan rumput.

Kejadian ini berlaku semasa beliau keluar dari selekoh ke-9, akan tetapi, tiada kemalangan dilaporkan berlaku.

Reeves juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan mampu meneruskan perlumbaan dengan baki masa 21 minit sebelum perlumbaan tamat.

Walaupun tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan teratas, kehadiran Reeves dalam pertandingan ini menjadi tumpuan media dan peminat sukan permotoran.

Rata-rata menyatakan kekaguman mereka terhadap pelakon tersebut yang berani mencuba sesuatu di luar kebiasaan, menunjukkan sisi lainnya yang jarang kita lihat di layar perak.

Selain itu, warga maya turut kagum dengan semangatnya untuk terus mencuba perkara baru meskipun sudah mencecah usia 60 tahun.

Tambah CBS News, ini bukan kali pertama Reeves terlibat dalam sukan permotoran.

Sebelum ini, beliau pernah menyertai Grand Prix Toyota Long Beach bersama beberapa selebriti lain dan malah menjuarai acara tersebut pada tahun 2009.

BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

BACA: Pernah Viral Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan, Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’

BACA: Netizen Terhibur Lihat Gelagat Suami Terkena ‘Bawaan’ Ibu Mengandung

Sumber: CBS News, X @discussing film