Siakap Keli
talak satu
Kredit: Sinar Harian

Fazura, Fattah Amin Sah Bercerai

Fazura, Fattah Amin Sah Bercerai 

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti, Fattah Amin melafazkan cerai terhadap isterinya, Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

Menurut Sinar Harian, mahkamah merekodkan talak oleh Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Selesai menjatuhi talak, Fattah Amin kelihatan sugul manakala Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilihat menangis dalam dakapan ahli keluarganya.

Menurut Sinar Harian, Hakim Syarie telah mensabitkan berlaku penceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci.

Selain itu, pelakon jelita berkenaan turut diperintahkan untuk mendaftar perpisahan yang direkodkan pada hari ini.

Terdahulu, dakwaan keretakan rumah tangga mereka semakin jelas apabila Fazura telah menfailkan penceraian pada 13 September lalu.

Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

BERITA LANJUT BAKAL MENYUSUL

BACA: Remaja Dipercayai Ditikam 50 Kali, Dibakar Hidup-Hidup

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.