Siakap Keli
Remaja Dipercayai Ditikam
Kredit: AFP

Remaja Dipercayai Ditikam 50 Kali, Dibakar Hidup-Hidup

Remaja Dipercayai Ditikam 50 Kali, Dibakar Hidup-Hidup

Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai telah ditikam sebanyak 50 kali dan dibakar hidup-hidup dalam kejadian yang mengejutkan di Marseille, selatan Perancis.

Menurut laporan AFP, insiden yang berlaku pada Rabu lalu itu disyaki berkait rapat dengan keganasan yang melibatkan sindiket dadah.

Pendakwa raya Marseille, Nicolas Bessone, menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai tindakan yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Ia adalah satu bentuk kezaliman yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam AFP.

Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, terkenal dengan kadar kemiskinan yang tinggi serta kerap terlibat dengan keganasan akibat konflik dadah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bandar tersebut menyaksikan pertempuran antara kumpulan-kumpulan yang berebut pasaran dadah yang menguntungkan, termasuk DZ Mafia.

“Lebih membimbangkan, kebanyakan mangsa dan pelaku adalah dalam kalangan golongan muda,” jelas Bessone.

Difahamkan, mangsa dipercayai telah diupah oleh seorang banduan berusia 23 tahun untuk menakut-nakutkan geng pesaing dengan bayaran 2,000 Euro (RM9,335.40).

Bagaimanapun, mangsa dikesan oleh ahli kumpulan pesaing dan ditikam berulang kali sebelum dibakar.

Selain itu, seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang turut direkrut untuk serangan balas dendam juga terbunuh selepas dijanjikan bayaran sebanyak 50,000 Euro (RM233,385.00) oleh banduan yang sama.

Dalam pada itu, dua kejadian ini menambah kepada peningkatan kes pembunuhan kejam yang berkaitan dengan dadah di Marseille.

Setakat tahun ini, 17 orang telah menjadi korban keganasan tersebut, berbanding 49 kematian pada tahun 2023.

BACA: Peralihan Kelas B: Institut Memandu Terima Permintaan Pendaftaran Yang Tinggi

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.