Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nelayan Terkejut, Temui Potongan Badan Penyelam Dalam Perut Ikan Jerung

Fazidi
potongan badan penyelam ikan jerung
Gambar: Merdeka.com

Nelayan Terkejut, Temui Potongan Badan Penyelam Dalam Perut Ikan Jerung

Sekumpulan nelayan gempar selepas memenui potongan badan manusia yang masih memakai pakaian renang dalam perut ikan jerung, lapor Merdeka.com.

Menurut portal berita dari sebarang itu, penemuan berkenaan dibuat oleh nelayan di Dearah Likisa, Timor Leste pada 6 Oktober.

Kejadian berkenaan menarik perhatian orang awam selepas dikongsikan di Facebook dan menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Kamang Pui, potongan badan manusia dengan bahagian jari jelas kelihatan itu dilihat masih memakai pakaian renang berwarna hitam.

Potongan badan manusia ditemui dalam perut ikan jerung

Setakat ini, maklumat terperinci identiti dan kewarganegaraan jasad manusia dipercayai wanita itu masih belum dikenal pasti.

Menurut Merdeka.com, penemuan berkenaan turut disahkan oleh Unit Pelaksana Teknis Dinas (UPTD) Pengelola Taman Perairan Kepulauan Alor dan Laut Sekitarnya.

Ketua UPTD pengelola taman itu, Muhammad Saleh Goro menegaskan penemuan berkenaan dibuat oleh nelayan di Timor Leste, bukannya di Alor seperti yang ditularkan sebelum ini.

Ditemui oleh nelayan di Tumor Leste

“Kami sudah pun berhubung dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Republik Demokratik Timor Leste di Dili dan mereka mengesahkan perkara tersebut,” katanya.

Tambah Saleh, pihak KBRI di Timor Leste bersama pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan tersebut.

Maklumat lanjut, terutamanya pengesahan identiti jasad berkenaan akan didedahkan selepas ini.

BACA: Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita

Sumber: Merdeka.com