Baim Wong Failkan Penceraian Terhadap Ister
Pergolakan rumah tangga seleberiti Indonesia, Baim Wong yang menjadi sorotan media di sana kini dilapor telah memasuki fasa baru.
Menurut Suara.com, Baim dikatakan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan, pada Selasa.
Bagaimanapun, kedua-duanya memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut buat masa ini.
Paula tidak meminta izin Baim untuk menunaikan umrah
Terdahulu, media tempatan melaporkan Baim dan Paula sudah sekian lama dilihat tidak hadir ke mana-mana majlis bersama-sama.
Selain itu, kedua-dua juga tidak lagi memuat naik gambar bersama di akaun media sosial masing-masing. Sebaliknya, Baim dan Paula dilihat lebih sering berkongsi kandungan mengenai anak sendiri.
Media tempatan turut melaporkan pasangan ini juga seperti memberi petanda menerusi video Youtube milik mereka mengenai penceraian itu.
Menurut Suara.com, semua yang berlaku menguatkan kenyataan bahawa pasangan selebiriti itu sedang dilanda konflik rumah tangga.
BACA: Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita
BACA: Netizen Berbelah Bahagi, Muzium Sweden Senarai Durian Antara Makanan Menjijikan Di Dunia
Sumber: Suara.com