Fattah & Fazura Bakal Lancar Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’
Bekas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan single bersama yang berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’, lapor Astro Gempak.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh sebuah label rakaman Indonesia, Hits Records menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Syarikat itu turut memuat naik teaser lagu berkenaan yang akan dilancarkan pada 10 Oktober (Khamis) di beberapa platfrom muzik.
Menurut Astro Gempak, lagu berkenaan mendapat sentuhan komposer tanah air yang terkenal menerusi lagu-lagu OST, Ippo Hafiz.
https://www.instagram.com/p/DA0S_xHSJiP/?hl=en
Pelancaran lagu berkenaan menarik perhatian warga maya memandangkan kedua-duanya baru sahaja bercerai, semalam.
Fattah Amin, Fazura sah bercerai talak satu
Sebelum ini, SK melaporkan pasangan selebriti, Fattah Amin melafazkan cerai terhadap isterinya, Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Mahkamah merekodkan talak oleh Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hakim Syarie telah mensabitkan berlaku penceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci.
Selain itu, pelakon jelita berkenaan turut diperintahkan untuk mendaftar perpisahan yang direkodkan pada Isnin.
BACA: Hormat Tempat Ibadat, Gelagat Lelaki Mat Saleh Pakai Skirt Lawat Masjid Raih Perhatian