Hormat Tempat Ibadat, Gelagat Lelaki Mat Saleh Pakai Skirt Lawat Masjid Raih Perhatian
Secara umumnya, setiap rumah ibadah ada menetapkan kod etika pemakaian sama ada kepada orang awam yang hadir untuk beribadah, ataupun sebagai pelancong.
Selain untuk menghormati amalan dan kepercayaan seseorang, kod etika pemakaian ini juga sebagai tanda hormat kita kepada rumah ibadah yang dikunjungi.
Pelancong lelaki pakai skirt panjang dalam masjid
Misalnya ketika berkunjung ke masjid, pengunjung hendaklah mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Bagi wanita, mereka perlu memakai penutup kepala dan pakaian yang labuh. Begitu juga dengan pengunjung lelaki, mereka tidak dibenarkan memakai seluar pendek yang menampakkan sebahagian kaki.
Biasanya, kod etika pemakaian di masjid akan dipaparkan di bahagian pintu masuk. Di masjid-masjid yang lebih besar pula, akan ada petugas-petugas yang akan memberi penerangan tentang perkara ini kepada pelancong.
Namun baru-baru ini, tular satu rakaman di akaun TikTok @muslim yang menunjukkan kejadian lucu melibatkan pelancong asing di sebuah masjid di luar negara.
Berdasarkan video tersebut, kumpulan pelancong berkenaan dipercayai memakai seluar pendek ketika berkunjung ke rumah ibadah berkenaan.
Bagi menghormati rumah ibadah dan mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan, mereka dirakam memakai skirt labuh yang disediakan di situ sebelum melangkah masuh ke dalam masjid.
Kejadian itu terus mengundang perhatian orang ramai kerana skirt yang dikenakan itu terdiri daripada pelbagai warna yang sangat ‘meriah’.
Video berkenaan mendapat 895.4k tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji keperibadian sekumpulan pelancong lelaki berkenaan kerana berusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Jelas sekali niat mereka adalah untuk menunjukkan rasa hormat. Itu sahaja yang paling penting,” komen seorang warga maya.
“Mereka berusaha menutup aurat dan menghormati tempat ibadah,” komen seorang lagi warga maya.
Pada masa yang sama, ada juga yang berpendapat kumpulan pelancong itu berkemungkinan menyangka skirt berkenaan disediakan khas untuk mereka.
Seorang lagi pengguna TikTok menjelaskan situasi yang berlaku adalah perkara biasa kerana petugas masjid di mana-mana negara akan memberikan pakaian yang menutup aurat kepada para pelancong.
BACA: Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Semula Kepada Sabtu & Ahad
@muslim
BACA: Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita
Sumber: @muslim via TikTok