Siakap Keli
cuti hujung minggu johor
Sumber: HRH Crown Prince of Johor via X

Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Semula Kepada Sabtu & Ahad 

Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Semula Kepada Sabtu & Ahad 

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad, bermula 1 Januari 2025.

Menerusi hantaran di laman X, @HRHJohorII, keputusan itu dilakukan selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Selain itu, keputusan mengenai pertukaran cuti hujung minggu di negeri itu turut mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek

“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” ujar baginda.

https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/1072066560942396?rdid=kVV5CvrZTzyQbVNW

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

BACA: Gelagat Wartawan Temu Bual Mangsa Banjir Curi Perhatian Warga Maya

Sumber: @HRHJohorII via X

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.