Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Macam Deep Talk
Kredit: @phoenixtvnews via TikTok

Gelagat Wartawan Temu Bual Mangsa Banjir Curi Perhatian Warga Maya

Athirah

Gelagat Wartawan Temu Bual Mangsa Banjir Curi Perhatian Warga Maya

Wilayah utara Thailand kini dilanda banjir besar selepas Taufan Yagi melanda Asia Tenggara pada awal September, menurut laporan AFP.

Pejabat daerah mengesahkan bahawa paras air di Sungai Ping dilaporkan berada pada tahap “kritikal” susulan hujan lebat berterusan.

Ini menyebabkan 20 daripada 76 wilayah di Thailand ditenggelami air, termasuk wilayah Sukhothai yang terjejas teruk.

Akibatnya, ribuan mangsa, termasuk warga emas dan kanak-kanak, kini memerlukan bantuan makanan serta kediaman sementara.

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Baru-baru ini, seorang wartawan di sebuah stesen televisyen meraih perhatian warga maya apabila menjalankan temu bual bersama seorang petani ketika banjir kilat melanda.

Difahamkan, sesi temu bual ini berlangsung di wilayah Sukhothai, Thailand.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @phoenixtvnews, kedua-dua individu itu kelihatan tenang sewaktu sesi temu bual walaupun paras air sudah meningkat sehingga ke paras leher.

“Dalam masa 15 minit sahaja, kira-kira 11,200 meter persegi ladang padi telah ditenggalami air dan tidak sempat dituai. Padi ini sedia untuk dituai dalam masa 20 hari,” ujar petani tersebut.

Video berdurasi 00:15 saat itu turut memaparkan raut wajahnya yang kelihatan tenang biarpun telah kehilangan 11,200 meter persegi ladang padi.

Video berkenaan mendapat 1.8 juta tontonan setakat ini

Tindakan wartawan dan petani itu kemudian menjadi tular selepas video siaran langsungnya ketika kejadian dimuat naik ke media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa kagum dengan ketekunan wartawan itu melakukan pekerjaannya.

Namun, ada yang berasa terhibur dengan aksi mereka yang seakan-akan melakukan “deep talk” tanpa menghiraukan bencana yang sedang melanda.

“Ini memang betul-betul hadap situasi,”

“Bila kau tak boleh datang kerja sebab banjir, majikan kau tetap suruh masuk,”

BACA: Wakil Malaysia, Filem “Abang Adik” Tercalon Dalam Oscar

BACA: Netizan “Terkedu” KWSP Golongan Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Sumber: @phoenixtvnews via TikTok