Netizan “Terkedu” KWSP Golongan Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Fungsi utamanya adalah untuk memastikan pekerja mempunyai simpanan yang mencukupi selepas bersara, hasil daripada caruman pekerja dan majikan.
Satu laporan pada 30 September 2023 menunjukkan 6.3 juta ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.
Statistik ini menimbulkan kebimbangan terhadap persediaan kewangan jangka panjang golongan terbabit.
Bagaimanapun, satu perkongsian klip di TikTok telah menarik perhatian ramai apabila terdapat sekumpulan pekerja yang mendedahkan jumlah simpanan KWSP mereka.

Lebih mengejutkan, netizen ‘terkedu’ apabila beberapa pekerja muda yang ditemu bual menyebutkan nilai simpanan KWSP yang sangat tinggi, sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
“Dalam lingkungan RM300k hingga RM500k,”
“Sekitar RM90k hingga RM100k,”
“RM100k hingga RM300k,”
Menariknya, salah seorang daripada mereka bahkan menunjukkan baki akaun KWSP melalui paparan skrin telefon pintar.

Apabila ditanya bagaimana jika KWSP ‘tidak wujud’, kebanyakan mereka mengakui sukar untuk mengumpul wang simpanan, kerana kecenderungan untuk berbelanja tanpa kawalan.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan berkenaan.
Bahkan, ada juga warga maya yang sukar untuk mempercayai jumlah tersebut apatah lagi rata-rata mereka masih muda.
“Majoriti rakyat lain dah habiskan KWSP masa Covid haritu,”
“Lelaki yang tunjukkan telefon itu baru sigma sebenar,”
“Macam mana mereka dapat simpan lebih daripada RM100k,”
“Umur 30 hingga 35 tahun, purata KWSP sepatutnya mempunyai RM100 hingga RM200k dah,”
BACA: Shila Amzah Beri Bayangan Harga Mikrofon Peribadi Pertamanya Buat Ramai Terkejut