Siakap Keli
Harga Mikrofon shila amzah
Gambar: TikTok @Shilala_united

Shila Amzah Beri Bayangan Harga Mikrofon Peribadi Pertamanya Buat Ramai Terkejut

Shila Amzah Beri Bayangan Harga Mikrofon Peribadi Pertamanya Buat Ramai Terkejut

Penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisah tentang mikrofon pertama miliknya.

Dalam sebuah video di akaun TikTok @Shilalas_united, Shila kelihatan sangat teruja ketika ‘unboxing’ mikrofon berwarna ungu cerah itu, meskipun sudah puluhan tahun bergelar artis dalam industri hiburan.

Apa yang istimewa mengenai mikrofon tersebut ialah ia bukan sekadar mikrofon biasa.

Terdapat paparan nama ‘Shila’ serta logo kelab peminatnya yang terukir pada mikrofon berkenaan, menjadikan ia sebuah mikrofon peribadi yang eksklusif dan bermakna bagi penyanyi tersebut.

Namun, perkara yang paling mengejutkan ramai adalah apabila Shila memberikan bayangan tentang harga mikrofon itu.

Ketika ditanya oleh suaminya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah, tentang nilai mikrofon tersebut, Shila dengan selamba menjawab bahawa harga mikrofon itu boleh menyamai harga sebuah kereta.

“Dia macam ni lah, dia (mikrofon) boleh dapat kereta buatan Malaysia, kereta buatan Jepun pun boleh.

“Kalau kereta buatan Jepun itu boleh dapat kereta second kot, kalau kereta Malaysia baharu,” katanya dalam klip berkenaan.

@shilalas_united

Finally ! 😭😭 Shila Amzah have a personal mic with logo shilalas SA, Mic warna purple 💜💜💜 I love sangat 🔥 #shilaamzah #shilalasunited #fyp #fypシ #fypageシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #foryourpage #fypdongggggggg #fy #stream #likes #view #Comment #trending #copylink #trend #personalmicrophone #mic

♬ original sound – Shilalas United – Shilalas United

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang senang melihat kegembiraan yang terpapar di wajah Shila.

Selain itu, warga maya turut memuji sikap suami Shila, Ubai, yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada isterinya.

“Terbaik Ubai, suami yang supportive sentiasa berada dengan Shila jatuh bangun… go go Shila, menang final!”

“Gembira tengok Ubai jaga Shila, nampak Shila bahagia.”

“Aku rasa sebak tengok dia dapat mikrofon ni lepas jadi artis bertahun-tahun dan menang macam-macam anugerah. Aku ni kenapa?”

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah turut mengumumkan berita gembira mengenai penyertaannya dalam sebuah program nyanyian terkenal di China, Singing with Legends musim keenam.

Berita ini disambut dengan penuh keterujaan oleh para peminatnya, yang tidak sabar untuk melihat persembahan hebat Shila di pentas antarabangsa.

Melalui hantaran di platform X, Shila yang kini berusia 34 tahun memohon doa dan sokongan daripada peminatnya agar urusannya dipermudahkan sepanjang pertandingan itu.

“Doakan saya berjaya, doakan semoga dilancarkan perjalanan Sha yang baru ini,” tulisnya.

BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

BACA: Pelakon John Wick “Debut” Dalam Perlumbaan Kereta Profesional Curi Perhatian

BACA: Mat Salleh Terkejut Myvi Boleh ‘Hidup’ Selepas 4 Tahun Tersadai, Bunyi Enjin Masih ‘Sedap’

Sumber: TikTok @shilalas_united

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.