Wakil Malaysia, Filem “Abang Adik” Tercalon Dalam Oscar
Filem “Abang Adik” melakar sejarah apabila tercalon dalam Anugerah Akademi ke-97 atau Oscar pada Mac 2025.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Filem “Abang Adik” terus mengukir nama dengan kejayaan di beberapa negara Asia, disamping menerima pengikitirafan apabila secara rasminya dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke-97 pada 2025.
“Pemilihan “Abang Adik” ke Anugerah Akademi ke-97 merupakan hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan yang ditetapkan dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur Anugerah Ekonomi,” maklum kenyataan tersebut.
Tambah FINAS, filem terbitan More Entertaiments Sdn. Bhd. merupakan arahan sulung pengarah Jin Ong turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jack Tan (Malaysia) dan Kang Ren Wu dari Taiwan.
Filem ini mencipta fenomena pada 2023 dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikan filem Malaysia pertama yang berjaya mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Manakala, tayangan di Malaysia pada Disember 2023 mencatatkan kutipan sebanyak RM5.7 juta, membuktikan sambutan memberangsangkan daripada penonton tempatan.
BACA: Mat Salleh Terkejut Myvi Boleh ‘Hidup’ Selepas 4 Tahun Tersadai, Bunyi Enjin Masih ‘Sedap’
Untuk info, karya ini telah merangkul 19 anugerah antarabangsa, satu pencapaian yang membanggakan untuk filem Malaysia yang mampu bersaing dan menyinar di peringkat global.
“Antara pencapaian tertinggi “Abang Adik” ialah Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award, serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25 Udine, Itali.
“Tidak ketinggalan, pengiktirafan di Filem Antarabangsa Fribourg ke-37, Switzerland dan Festival Filem First di China. Di peringkat tempatan, filem ini telah mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik,” katanya lagi.
Dalam perkembangan di China, filem ini merekodkan kejayaan luar biasa dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 September 2024, selepas mula ditayangkan bermula 21 September 2024.
“Diharap perkembangan positif dalam filem tempatan bernilai tinggi dapat diteruskan bagi memperkukuh industri perfileman negara di arena antarabangsa,” kata FINAS.
https://www.facebook.com/malaysiafinas/posts/pfbid02iNEmFPEiFoZTL3qNP2Ae4ENmHc2xy69bukZ5egWqXao4jJpBmxYfMqVrG8jKG7Ljl?rdid=ndf1Feg1TcuUOXXX
BACA: Shila Amzah Beri Bayangan Harga Mikrofon Peribadi Pertamanya Buat Ramai Terkejut
BACA: Netizan “Terkedu” KWSP Golongan Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit
Sumber: FINAS Malaysia