Siakap Keli
pengasas grab idea
Gambar: Grab

Rupa-Rupanya Ini Kisah Di Sebalik ‘Kelahiran’ Grab

Rupa-Rupanya Ini Kisah Di Sebalik ‘Kelahiran’ Grab

Sebut saja aplikasi Grab, tentu ramai yang mengenali sosok di sebalik aplikasi ini, Anthony Tan.

Usahawan lelaki ini berjaya mengubah cara kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan kewangan.

Dalam satu wawancara dengan CBS News baru-baru ini, Anthony mendedahkan pelbagai cabaran yang dihadapi sebelum munculnya aplikasi gergasi Asia Tenggara itu.

Sebenarnya, Anthony dilahirkan dalam keluarga berada yang memiliki Tan Chong Motor, sebuah syarikat automotif multinasional.

Bagaimanapun, Anthony tetap bertekad untuk mencipta sesuatu yang berbeza dan luar biasa. Keazaman inilah yang akhirnya ‘melahirkan’ Grab, satu perkhidmatan yang kini dikenali ramai.

Kisah awal ‘kelahiran’ Grab

Gambar: AFP

Pada 2009, Anthony bertemu dengan rakan kongsi perniagaannya, Hooi Ling Tan, ketika mereka melanjutkan pelajaran di Harvard Business School.

Perkenalan itu membuahkan persahabatan yang erat, di mana mereka sering bertukar pendapat.

Pada 2011, kedua-duanya membincangkan isu perkhidmatan teksi di Malaysia yang kurang mesra, terutama bagi golongan wanita.

Mereka kemudiannya merancang untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.

Idea tersebut diuji dalam pertandingan di universiti mereka, dan hasilnya, mereka berjaya menduduki tempat kedua, memenangi hadiah wang tunai sebanyak $25,000 (RM105,825).

Wang itulah yang menjadi titik permulaan kepada aplikasi Grab yang kita gunakan hari ini.

Idea wujudkan Grab tidak direstui bapa

Anthony berkongsi, perjalanan untuk mencapai kejayaan bukanlah mudah. Beliau bekerja sehingga 20 jam sehari, dan ini berlangsung selama bertahun-tahun.

Namun, antara cabaran terbesar yang dilaluinya ialah penolakan daripada bapanya sendiri. Anthony menceritakan bahawa bapanya tidak yakin dengan idea tersebut.

“Ayah saya tak percaya saya akan berjaya. Dia kata, ‘ayah tak rasa idea ini akan berjaya, jadi jangan ganggu ayah dengan perkara ini lagi’,” katanya.

Kata-kata itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Anthony. Sebaliknya, ia menjadi pembakar semangat yang lebih kuat untuk membuktikan dirinya.

Kini, Grab menjadi syarikat teknologi yang berpengaruh di Asia Tenggara. Syarikat ini beroperasi di lapan negara dengan lebih daripada 35 juta pelanggan dan telah menyediakan 13 juta pekerjaan gig pada tahun 2023.

Grab bukan sekadar aplikasi e-hailing. Ia turut menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit serta perkhidmatan kewangan seperti pembayaran, pinjaman dan perbankan digital.

BACA: Tulis 40 Buku Di Usia 11 Tahun, Kenali Muhammad DeLiang Al-Farabi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.