Minah Saleh Hairan Malaysia Jual “Baju Musim Sejuk”, Jawapan Netizen Bikin Terhibur
Terdahulu, seorang pelancong wanita warga asing telah mencuri perhatian netizen selepas dia memuat naik sebuah video di media sosial yang mempersoal mengenai penjualan pakaian musim sejuk di Malaysia.
Minah Saleh itu yang dikenali sebagai Nicole, merupakan seorang pempengaruh dari luar negara.
Dalam klip video yang berdurasi 15 saat itu, dia mengatakan bahawa Malaysia terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun.
Namun, dia bingung apabila mendapati kebanyakan kedai pakaian di Malaysia menjual pakaian tebal seperti jaket musim sejuk.
“Saya tertanya-tanya, kenapa kebanyakan stor di Malaysia menjual banyak pakaian musim sejuk?” soalnya sambil menunjukkan beberapa jaket tebal yang biasa dipakai di negara-negara yang mengalami empat musim.
@nicolecrewe Why? Is 23 that cold? 🙈🙈😀 #malaysia #traveltiktok #fyp #foryou #foryoupage
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah reaksi daripada warga maya yang membanjiri ruangan komen.
Seperti yang biasa berlaku di platform media sosial, netizen Malaysia sentiasa bersedia dengan jawapan yang ‘kreatif’ dan menghiburkan.
“Kami ada musim sejuk di Terengganu dan Kelantan,”
“Kami tak boleh bagitahu anda. Ia adalah rahsia negara,”
“Untuk masuk FamilyMart, 7 Eleven, Genting dan Cameron termasuk bulan Disember,”
“Kami perlukannya untuk pergi ke pantai,”
“Mudah je. Rakyat Malaysia suka melancong ke negara musim sejuk dan sama juga dengan pelancong dari negara empat musim datang ke Malaysia,”
BACA: Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita
BACA: Netizan “Terkedu” KWSP Golongan Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit
BACA: Gelagat Wartawan Temu Bual Mangsa Banjir Curi Perhatian Warga Maya
Sumber: TikTok @nicolecrewe