Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Siapa DeLiang Al-Farabi
Gambar: Instagram @deliang_farabi

Tulis 40 Buku Di Usia 11 Tahun, Kenali Muhammad DeLiang Al-Farabi

Iqbal Yasir

Tulis 40 Buku Di Usia 11 Tahun, Kenali Muhammad DeLiang Al-Farabi

Pernahkah anda terfikir, apa yang anda sedang lakukan ketika berusia 11 tahun?

Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini biasanya masih sibuk bermain, bersekolah atau ‘berfantasi’ tentang dunia sekeliling.

Namun, seorang kanak-kanak luar biasa dari Indonesia, Muhammad DeLiang Al-Farabi, berjaya mencipta fenomena dengan pencapaiannya yang luar biasa dalam bidang penulisan.

Pada usia yang sangat muda, DeLiang telah menghasilkan 40 buah buku dan diundang untuk berkongsi pengalaman serta memberikan motivasi dalam pelbagai program televisyen dan podcast.

Hebatnya, DeLiang bukan sekadar dikenali di negara asalnya, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Siapa Muhammad DeLiang Al-Farabi?

Siapa DeLiang Farabi
Gambar: Instagram @deliang_farabi

Muhammad DeLiang Al-Farabi, atau lebih mesra dikenali sebagai DeLiang, dilahirkan di Taipei, Taiwan pada 18 Jun 2012.

Dia merupakan anak sulung kepada pasangan Ario Muhammad dan Ratih Nur Esti Anggraini.

Meskipun lahir di Taiwan, DeLiang dibesarkan di Bristol, England, di mana ibu bapanya sedang menamatkan pengajian kedoktoran.

DeLiang bukan kanak-kanak biasa. Pada usia 10 tahun, dia sudah berjaya menjana pendapatan menerusi royalti sebanyak 20 juta rupiah (sekitar RM5,447) hasil penjualan bukunya.

Karya-karya DeLiang, terutama dalam bahasa Inggeris, telah mendapat perhatian di peringkat global.

Dua novel hasil tulisannya, Quirky Friends dan Weird Family, berjaya menembusi senarai 15 terbaik dalam kategori Komedi Gelap di platform Amazon di Amerika Syarikat dan England.

Sementara itu, novel fantasinya yang bertajuk Regal The Last Guardian turut berjaya menempatkan diri dalam 50 terbaik Amazon di kedua-dua negara tersebut.

Siapa DeLiang Farabi
Gambar: Instagram @deliang_farabi

Satu perkara menarik mengenai karya-karya DeLiang ialah ia sepenuhnya berdasarkan buah fikirannya sendiri.

Apabila ditanya mengapa dia ingin menjadi penulis, DeLiang menjelaskan bahawa minatnya terhadap penulisan adalah kerana hobinya yang suka membaca.

Setiap karya yang dihasilkan oleh DeLiang adalah hasil daripada proses pembacaannya yang luas.

Malah, DeLiang dikatakan membaca lebih daripada 300 buku setiap tahun. Pada tahun 2023 sahaja, dia telah membaca 368 buah buku.

Bukan itu sahaja, pada usia 11 tahun, DeLiang sudah menulis sebanyak 40 buah buku.

Salah satu bukunya yang terbaru, Perang Badr atau The Battle of Badr, bakal diterbitkan oleh sebuah penerbit dari London.

Menariknya, dia juga pernah dijemput untuk memberi seminar di beberapa sekolah rendah dan menengah di Poland.

Gambar: Instagram @deliang_farabi

Bahkan, dia fasih bertutur dalam bahasa Inggeris ketika di hadapan khalayak.

Hebat, bukan? Semoga kanak-kanak cilik ini dapat menjadi inspirasi buat semua, terutamanya anak-anak muda agar mecipta kejayaan dalam kehidupan.

Usia hanyalah angka. Dengan ilmu yang penuh di dada, sesiapa sahaja pasti boleh melangkah jauh.

BACA: Kenali Kairan Quazi, Budak Jadi Jurutera Perisian Starlink SpaceX Pada Usia 14 Tahun

BACA: Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pelajar Termuda Daftar Masuk UM

BACA: Netizan “Terkedu” KWSP Golongan Muda Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Sumber: Tirto Indonesia