Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

11 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

11 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga jam 7 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Maklum METMalaysia, seluruh negeri yang dijangka mengalami cuaca buruk itu adalah Perlis, Perak dan Johor.

“Bagi Kedah, daerah yang dijangka dilanda cuaca itu termasuklah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Kelantan pula melibatkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang manakala Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Selain itu, Pahang juga melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin sementara di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan pula, hanya empat daerah yang terlibat seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Limbang.

Sabah pula di kawasan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” kata METMalaysia dalam satu kenyataan.

BACA: Fenomena Air Pasang Besar Di Pulau Pinang 18 Hingga 21 Oktober

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

BACA: Netizen Terhibur Lihat Gelagat Suami Terkena ‘Bawaan’ Ibu Mengandung

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia