Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Jodoh Sampai Disini”, Cik Epal Sahkan Sudah Bercerai Dengan Jofliam

Athirah
Cik Epal Sah Bercerai
Kredit: cikepal06 via Instagram

“Jodoh Sampai Disini”, Cik Epal Sahkan Sudah Bercerai Dengan Jofliam

Teka-teki tentang status rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial terkenal, Cik Epal dan Jofliam akhirnya terjawab apabila sah sudah bercerai.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud melalui satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Menurut Cik Epal, jodohnya bersama Jofliam atau Jofni Abu Bakar yang juga seorang usahawan berakhir selepas 10 tahun bersama.

“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.

“Di dunia ini tiada apa (yang menjadi) milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik.” kongsinya.

Walau bagaimanapun, dia mengucapkan terima kasih diatas segalanya dan menganggap setiap perkara sudah terjadi pastinya mempunyai hikmah.

“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

“Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia,” ujar Cik Epal lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Instagram memberi kata-kata semangat kepada @cikepal06.

Dalam pada itu, mereka turut meminta dirinya untuk terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian kehidupan.

BACA: Penduduk Terkesima, Bentuk Awan Persis Lukisan Van Gogh Muncul Di Langit

BACA: Hadiah Nobel Fizik Dianugerahkan Kepada Perintis Pembelajaran Mesin

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber: @cikepal06 via Instagram