Polis Mohon Bantu Kesan Nurul Aliya, Hilang Selepas Keluar Buang Sampah
Seorang gadis berusia 20 tahun dilaporkan hilang di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, pada Ahad lalu, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Aliya Zulkifli yang dibuat oleh bapanya pada Isnin.
Menurut laporan itu, gadis berkenaan dikatakan keluar dari rumah untuk membuang sampah di lokasi yang terletak dalam jarak lima meter di hadapan rumah.
“Pengadu kemudian mendapati anaknya tiada di hadapan rumah dan telah membuat carian di sekitar kawasan namun tidak menemuinya.
“Kali terakhir gadis itu dilihat memakai baju berwarna putih berbelang biru, berseluar hitam dan selipar,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis
Berdasarkan maklumat yang diberikan, Nurul Aliya memiliki ketinggian 160 sentimeter, berat 45 kilogram dan mempunyai warna kulit kuning langsat.
Tambah Mazlan, pihaknya giat menjalankan pencarian namun sehingga kini gadis berkenaan masih belum ditemui.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Seorang lelaki telah diambil keterangan namun tidak dapat membantu siasatan,” ujarnya.
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Aliya diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di 09- 2716222.
BACA: Penduduk Terkesima, Bentuk Awan Persis Lukisan Van Gogh Muncul Di Langit
Sumber: Sinar Harian