Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Keluarga Mohon Bantuan Jejak Empat Pelajar Tahfiz Hilang
Polis menerima laporan kehilangan empat pelajar lelaki Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, lapor Malaysia Gazette.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismaul mengesahkan keempat-empat mangsa yang berusia antara 10 hingga 12 tahun itu tidak pulang ke tahfiz selepas keluar sejak 8 Oktober.
“Setakat ini mereka masih belum ditemui,” jelasnya.
Beliau berkata, pihaknya telah membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian tersebut.
Kehilangan keempat-empat pelajar tahfiz berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Menerusi hantaran tersebut, kehilangan Muhammad Ammar Darwish Mohd Farid, 10, Muhammad Abdul Razak, 12, Muhammad Ammar Danish Mohd Farid, 12, dan Ahlami Idraqy Mohd Hisyam, 12, disedari oleh salah seorang pengajar kira-kira jam 10.30 malam.
Berikutan itu, keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki mangsa.
BACA: Tiga Melecur, Empat Kilang Meletup Dan Terbakar
BACA: Pesara Tentera Ditemukan Tidak Bernyawa Di Dalam Kereta
BACA: Bekas Pemain EPL, George Baldock Ditemui Meninggal Dunia
Sumber: Malaysia Gazette, Sharil Othman