Siakap Keli
apa itu eia
Kredit: JAS

Penting Demi Jaga Alam Sekitar, Ketahui Apa Itu EIA

Penting Demi Jaga Alam Sekitar, Ketahui Apa Itu EIA

Mesti ada antara kita yang pernah dengar tentang Environmental Impact Assessment (EIA) atau dalam Bahasa Melayu, Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling. Tapi tahu tak apa sebenarnya itu EIA dan kenapa penting sangat untuk kita?

Senang cerita, laporan EIA ni macam ‘cermin’ besar untuk kaji kesan-kesan yang mungkin berlaku bila ada projek pembangunan besar-besaran macam bina lebuhraya, tambakan laut, lombong, bina tapak pelupusan sampah dan sebagainya.

Tujuan dia simple je, nak pastikan pembangunan yang dibuat tak rosakkan alam sekitar kita sekaligus menjamin kesejahteraan kita. Bayangkan kalau semua projek buat ikut suka hati je, habislah sungai, laut, udara kita tercemar. Jadi, dengan EIA ni, setiap projek kena dinilai dulu sebelum mendapat kebenaran memulakan pembinaan.

BACA: 27 Murid Alami Pening, Muntah, Akibat Pencemaran Bau

Proses Penilaian EIA – Lebih Daripada Kertas Kerja

Bukan sekadar tulis laporan panjang-panjang je, EIA ni melibatkan prosedur ketat dan melibatkan banyak pihak. Antaranya, Laporan EIA untuk Jadual Pertama dan Jadual Kedua melibatkan lebih dari satu negeri. Projek besar macam ni melibatkan input daripada Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan Akta Pelantar Benua. Jadi, memang tak boleh main-main sebab ia melibatkan undang-undang negara.

Lagi satu, setiap projek tu akan dinilai sama ada melibatkan pencemaran air, udara, atau lain-lain pencemaran yang boleh jejaskan ekosistem. Kira-kira macam kita buat plan besar untuk elak masalah sebelum benda buruk berlaku.

apa itu eia
Kredit: JAS

Siapa Yang Buat Penilaian?

Orang yang layak buat penilaian EIA ni bukan calang-calang orang. Mereka ni kena berdaftar di bawah Seksyen 33A (Auditor Alam Sekitar) dan Seksyen 34A(2) (Jururunding EIA). Jadi, tak semua orang boleh mudah-mudah menjadi juruaudit dan jururunding alam sekitar ni. Mereka kena ada kepakaran dan kelulusan yang diiktiraf.

Lepas tu, bila laporan EIA tu dah siap, Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang akan awasi dan monitor pelaksanaan projek tu, termasuk projek besar macam di Selat Johor (Strait of Johor) dan projek yang melibatkan perjanjian seperti Settlement of Agreement 2005. Memang serius punya kerja.

BACA: 50 Tahun Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, JAS Kukuhkan Tindakan Perlindungan Alam Sekitar

Kenapa EIA Penting Sangat?

Penting sebab EIA ni lah yang jaga alam sekitar kita daripada rosak. Kalau kita biarkan projek-projek besar buat tanpa kawalan, nanti kita sendiri yang terkesan. Udara tak bersih, sungai tercemar, hutan hilang—semua ni boleh buat hidup kita tak selesa dan ancam kesihatan kita juga.

JAS juga sentiasa bagi nasihat kepada pelabur dan pemaju sebelum mereka mulakan projek, jadi diorang boleh plan awal-awal macam mana nak elak pencemaran. EIA ni bukan nak menyusahkan tapi nak pastikan pembangunan yang kita buat ni sustainable atau dalam bahasa mudah, tak merosakkan alam sekitar.

Untuk pengetahuan, laporan-laporan EIA bagi sesetengah projek besar boleh dibaca oleh orang awam menerusi laman sesawang JAS.

Kredit: JAS

Maklumat Lanjut

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal maklumat pameran awam (EIA) boleh layari laman web JAS, https://www.doe.gov.my/.

Kalau ada apa-apa yang korang nak lapor tentang pencemaran alam, boleh hubungi talian aduan 03-8889 1972 atau hotline 1-800-88-2727.

Untuk sebarang pertanyaan, aduan atau maklum balas, korang boleh guna sistem e-aduan kat https://eaduan.doe.gov.my atau hantarkan e-mail ke [email protected]. Korang boleh juga telefon 03-8871 2333.

Jangan lupa follow Facebook https://www.facebook.com/doe.gov.my/, Instagram https://www.instagram.com/jabatanalamsekitar/ dan TikTok https://www.tiktok.com/@jas_malaysia_official/ untuk maklumat terkini daripada pihak JAS.

BACA: Ladang Ternakan Babi Didakwa Sebabkan Pencemaran Sungai Diarah Tutup

Satu Tanggungjawab Bersama

Akhir sekali, JAS tak boleh buat semua ni sorang-sorang. Semua pihak termasuk kerajaan, syarikat, dan orang awam kena main peranan untuk pastikan alam sekitar kita ni terjaga. Bak kata JAS, “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama“. Kalau semua orang ambil berat, kita boleh selamatkan ekosistem kita untuk generasi akan datang.

So, lepas ni kalau nampak ada projek besar-besaran, ingatlah yang EIA ada untuk jaga alam sekitar kita. Jangan risau, JAS sentiasa pantau!

Sumber: Jabatan Alam Sekitar (1) (2) (3) (4)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.