Dua Kenderaan Rosak, Hampir Terjatuh Dalam Insiden Tebing Runtuh Di Ampang
KUALA LUMPUR — Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara hari ini menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini runtuh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun, insiden pada kira-kira 7 malam pada Sabtu itu tidak melibatkan sebarang mangsa.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.14 malam sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, didapati berlaku kejadian tebing runtuh berhampiran sungai terbabit yang berketinggian 10 meter menyebabkan dua kenderaan yang diparkir di situ hampir masuk ke dalam longkang.
“Kes kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.27 malam,” menurutnya dalam kenyataan.
BACA: Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini
BACA: “Percaya Perancangan Allah,” Menang Anugerah, KJ Titip Ucapan Penghargaan
BACA: Ironman Langkawi: Terlanggar Pokok Tumbang, Syed Saddiq Cedera Ringan
Sumber: BERNAMA