Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hari Tanpa Gula Dilaksana Di Parlimen Setiap Rabu
Bermula minggu ini, Dewan Rakyat dilaporkan bakal melancarkan inisiatif Hari Tanpa Gula pada setiap Rabu untuk menyemai gaya hidup sihat.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menjelaskan bahawa inisiatif tersebut tidak hanya melibatkan kakitangan Parlimen, tetapi merangkumi semua Ahli Parlimen.
“Bagi menyemarak gaya hidup sihat, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu.
“Hari Tanpa Gula ini bukan sahaja akan melibatkan kakitangan Parlimen tetapi turut melibatkan Ahli-Ahli Parlimen juga.
“Ini selaras dengan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan bersama,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
BACA: Mufti Wilayah Jelas Penentuan Kadar Nafkah Ikut Kemampuan Suami
BACA: Siri Anime “One Piece” Umum ‘Rehat’ Hingga 2025
BACA: Kanak-Kanak Lelaki Maut Dibaham Buaya
Sumber: Astro Awani