Siakap Keli
one piece rehat 2025
Sumber: Anime Hunch

Siri Anime “One Piece” Umum ‘Rehat’ Hingga 2025

Siri Anime “One Piece” Umum ‘Rehat’ Hingga 2025

Penggemar siri anime “One Piece” kini dikejutkan dengan pengumuman rasmi bahawa anime kegemaran ramai ini akan mengambil ‘cuti rehat’ sehingga April 2025.

Pengumuman ini disampaikan pada petang Ahad semasa siaran khas One Piece News #1.

Difahamkan, siri ini akan berehat untuk meningkatkan kualiti penghasilan animasi, terutamanya bagi arka Egghead.

Video khas turut dikeluarkan semasa pengumuman tersebut, dengan memaparkan beberapa perkembangan besar yang bakal menemui peminat.

Antaranya, kehadiran Five Elders dan penghantaran mesej oleh Dr. Vegapunk kepada dunia.

Ini tentunya membuatkan peminat semakin teruja menantikan apa yang akan berlaku selepas anime itu kembali bersiaran.

“Bagi meningkatkan lagi kualiti, arka Egghead akan direhatkan sehingga April 2025.

“Kami akan kembali dengan kandungan yang lebih menarik selepas tempoh rehat ini, dengan slot waktu siaran yang baharu. Nantikan maklumat lanjut di acara Jump Festa 2025,” tulis kenyataan menerusi akaun rasmi X anime One Piece.

BACA: Boleh Jimat Banyak, Ini ‘Helah’ Nak Bayar Kat MYDIN Supaya Harga Jadi Lebih Rendah

Walaupun peminat perlu menunggu agak lama untuk episod baharu siri utama, bulan Oktober ini tetap menjanjikan kandungan menarik buat peminat One Piece.

Pada 20 Oktober 2024, satu episod khas ulang tahun ke-25 bertajuk One Piece Fan Letter akan ditayangkan.

Seterusnya, bermula 27 Oktober 2024, versi yang disunting semula bagi arka Fish-Man Island akan disiarkan.

Versi baharu ini akan mengurangkan 57 episod asal kepada 21 episod dengan peningkatan kualiti animasi.

BACA: Lelaki Kongsi Pengurusan Tong Sampah ‘Terlebih Moden’ Di Turki, Komen Netizen Malaysia Pula Curi Tumpuan

One Piece merupakan siri televisyen anime Jepun yang dihasilkan oleh Toei Animation dan mula disiarkan di Fuji TV pada Oktober 1999.

Siri ini berdasarkan manga karya Eiichiro Oda yang juga telah mencapai lebih daripada 1,000 episod sejak ia mula ditayangkan di Jepun.

Selain itu, Toei Animation turut menghasilkan 14 filem animasi, satu animasi video asal dan 13 siaran khas televisyen.

Manga One Piece, yang ditulis dan dilukis oleh Eiichiro Oda, mula disiarkan dalam majalah manga Weekly Shonen Jump sejak Julai 1997 dan masih berterusan hingga kini.

BACA: Tabik Wira Kita, Ini Tiga Kisah Pegawai Tentera Yang Jarang Diceritakan Kepada Masyarakat

Sumber: Anime Hunch

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.