Siakap Keli
bapa anak syurga aktiviti lasak
Sumber: Sinar Harian

Bapa Kongsi Bawa ‘Anak Syurga’ Buat Aktiviti Lasak Setiap Kali Hari Lahir

Bapa Kongsi Bawa ‘Anak Syurga’ Buat Aktiviti Lasak Setiap Kali Hari Lahir

Seorang lelaki yang bergelar bapa berkongsi kisah yang cukup menarik membesarkan seorang cahaya mata yang menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia.

Meski terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, itu bukanlah penghalang buat Wira Sudepja Rabu, 49, untuk membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.

Kongsi Wira, dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan, 16, setiap tahun pada bulan September dengan menyertai misi kayuhan ke tempat yang mencabar.

Antara aktiviti yang disertai mereka adalah seperti berbasikal di Bukit Fraser, selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.

Selain itu, mereka turut menjelajah bukit seperti di Bukit Miku di Negeri Sembilan, Bukit Sungai Como di Terengganu, Gunung Jerai di Kedah dan Bukit Wang Kelian di Perlis.

“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.

“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” katanya.

BACA: Pasangan Warga Emas Kongsi Payung, Pimpin Tangan Dalam Hujan Buat Ramai Sebak

Jelas Wira, Wadihan sejak kecil hanya menghabiskan masa di hospital bahkan sehingga berusia enam tahun, kerana kerap ditahan di wad susulan penyakit yang dihidapinya.

“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.

“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga,” katanya lagi.

Tambah Wira, anaknya itu akan terlantar seperti bayi sepanjang hayatnya.

“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.

“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,” ujarnya.

BACA: Mat Saleh Dedah Nak Bawa Pulang 5 Benda Positif Ini Dari Malaysia Ke UK

BACA: Tinggi Adab, Lelaki Buka Kasut Kerja Sebelum Masuk ATM Sebab Takut Kotorkan Lantai

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.