Siakap Keli
warga emas pimpin tangan
Kredit: TikTok @asyshaa

Pasangan Warga Emas Kongsi Payung, Pimpin Tangan Dalam Hujan Buat Ramai Sebak

Pasangan Warga Emas Kongsi Payung, Pimpin Tangan Dalam Hujan Buat Ramai Sebak

Bila bercakap soal jodoh, satu perkara yang pasti ialah ia merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk kekal bersama hingga ke akhir hayat.

Tidak kira berapa lama kita bersama, masa depan hubungan itu tetap dalam rahsia Allah.

“Semoga bercinta sampai syurga”

Baru-baru ini, ramai warga maya tersentuh apabila satu video yang memaparkan pasangan warga emas berpimpin tangan dalam hujan sambil berkongsi payung tular di media sosial.

Rakaman indah ini dikongsi oleh pengguna TikTok, @asyshaa, yang menyaksikan momen itu di depan matanya.

Dalam video yang kini sudah mengumpul hampir 75 ribu tanda ‘Suka’ itu, kelihatan si suami memegang payung dan pada masa yang sama sabar memimpin isterinya yang berjalan dengan perlahan.

Walaupun si suami kelihatan boleh berjalan lebih laju, dia tetap menunggu isterinya dengan penuh kesabaran.

“Kasih sayang yang macam ini sangat mahal, tak semua orang dapat merasa,” tulis kapsyen video tersebut.

@asyshaa

Kasih sayang yang macam ini sangat mahal , tak semua kita dapat merasa. Doakan yang baikbaik untuk pasangan ini #fypシ

♬ Reverb Bintang Yang Hilang – Vibes lyrics only🥀

Menjengah ke ruangan komen, video itu nyata mencuri perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Ini baru betul setia sampai hujung nyawa. Selamanya tu lama. Moga jodoh kita kekal sampai tua,”

“Betullah orang cakap, yang akan teman kita hingga ke akhir hayat adalah pasangan kita. Anak-anak ada kehidupan mereka sendiri. Jadi, carilah pasangan yang tepat,”

“Nak perkahwinan bertahan lama, kena ada sikap redha, sabar, tolak ansur, dan saling melengkapi. Jangan cari kesempurnaan, kerana ia susah nak dicapai,”

Tidak hanya itu, rata-rata warga maya terharu melihat gelagat pasangan tersebut serta tidak lupa untuk mendoakan kesihatan dan kebahagiaan mereka.

Video tersebut turut mengundang banyak kisah cinta manis yang dikongsi oleh warga maya tentang orang tua dan datuk nenek mereka sendiri.

“Macam atok nenek aku, tiap pagi mesti pergi kedai minum sama-sama. Naik motor berdua. Mula-mula atok ‘pergi’, dua bulan lepas tu, nenek pun ikut,”

“Teringat arwah mak dan ayah, walaupun selalu bergaduh, kasih sayang mereka tetap kuat. Ayah hilang sebelah kaki, tapi tetap jaga mak sampai akhir hayat,”

BACA: Pernah Viral Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan, Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’

BACA: Bukit Bintang Termasuk Senarai 10 Destinasi Pelancongan ‘Overrated’ Di Asia

BACA: “Nampak sangat aku dah tua…” Netizen Tak Sangka “Budi” Tentang Bulan Dah Ada Isteri & Anak

Sumber: TikTok @asyshaa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.