Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
nigeria terkandas lapangan terbang
Gambar: X @WTroostEkong

Dakwa Tak Makan & Minum Selama 12 Jam, Pasukan Nigeria Terkandas Di Lapangan Terbang Libya

Iqbal Yasir

Dakwa Tak Makan & Minum Selama 12 Jam, Pasukan Nigeria Terkandas Di Lapangan Terbang Libya

Pasukan Nigeria dilaporkan memprotes kelayakan Piala Negara-Negara Afrika, susulan mendakwa telah ‘disidai’ di Lapangan Terbang Al Albraq, Libya selama 12 jam tanpa makan dan minum, lapor The Independent.

Super Eagles sepatutnya dijadualkan menentang Libya dalam perlawanan kelayakan Afcon pada awal pagi nanti tetapi menolak untuk turun dalam perlawanan tersebut selepas kejadian yang berlaku.

Difahamkan, penerbangan skuad Nigeria ke Lapangan Terbang Benghazi telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Al Albraq, yang membawa kepada perkara itu.

Segelintir pemain turut memuat naik insiden itu di media sosial, mendakwa tiada pengangkutan disediakan oleh pihak berkuasa Libya termasuk makanan dan minuman.

Lebih teruk, mereka terkandas di situ berjam-jam lama dengan pintu lapangan terbang dikunci.

Antara pemain yang dilihat duduk menunggu sewaktu kejadian adalah bintang Liga Perdana seperti Wilfred Ndidi dari Leicester, duo Nottingham Forest Ola Aina dan Taiwo Awoniyi dan dua pemain Fulham Alex Iwobi dan Calvin Bassey.

Libya dakwa pemain dapat layanan teruk di Nigeria

Sebelum ini, pasukan Libya mendakwa pemain mereka sendiri dilayan teruk di Nigeria selepas meraih kemenangan 1-0 terhadap Nigeria pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) menafikan dakwaan tersebut dan mengeluarkan kenyataan akan memprotes perlawanan antara kedua-dua pasukan itu pagi nanti.

“Pasukan Nigeria yang berlepas ke kelayakan AFCON 2025 menentang Libya pada Selasa masih kekal di Lapangan Terbang Al Abraq 12 jam selepas mendarat di Libya.

“Pesawat yang disewa itu, telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Al Abraq dari Lapangan Terbang Benghazi. Kami difahamkan juga Lapangan Terbang Al Abraq hanya digunakan untuk operasi haji.

“Pemain dan pegawai tidak puas hati kerana tuan rumah Persekutuan Bola Sepak Libya gagal menghantar mana-mana pegawai atau kenderaan untuk membawa pasukan kami dari lapangan terbang ke hotel mereka, dikatakan berada 3 jam jauhnya di Benghazi.

“Pemain telah memutuskan untuk tidak bermain dalam perlawanan itu lagi selepas pegawai NFF sedang merancang untuk membawa pulang pasukan itu ke tanah air,” maklum NFF dalam satu kenyataan.

Sumber: The Independent

BACA: Lelaki Kongsi Pengurusan Tong Sampah ‘Terlebih Moden’ Di Turki, Komen Netizen Malaysia Pula Curi Tumpuan

BACA: Harimau Malaya Akur Kehebatan New Zealand