Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Harimau Malaya Akur Kehebatan New Zealand
Harimau Malaya terpaksa akur apabila tewas 0-4 kepada New Zealand dalam perlawanan Persahabatan Tier 1 di Stadium North Harbour sebentar tadi.
Bermain di gelanggang sendiri, tuan rumah New Zealand bermula garang dengan beberapa asakan awal ke gawang gol Syihan Hazmi.
15 minit pertama menyaksikan penjaga gol Malaysia itu terpaksa bekerja keras mengawal pintu gol negara daripada dibolosi gol.
Kehilangan Darren Lok dibarisan hadapan yang dikeluarkan akibat kecederaan pada awal permainan turut memberi impak terhadap pada corak permainan anak-anak buah Pau Marti.
Skuad All Whites yang berada di ranking ke-95 dunia itu nyata berada di kelas tersendiri apabila lebih mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan imbang tanpa sebarang jaringan hingga babak pertama.
Belum reda serangan bertali arus tuan rumah, penyerang Nottingham Forest Chris Wood menambah derita pelawat dengan gol ke-3.
Tidak hanya itu, Harimau Malaya terpaksa akur apabila pintu gol mereka sekali lagi dirobek pasukan lawan dengan rembatan cantik luar kotak penalti Logan Rogerson pada penghujung perlawanan untuk keputusan penuh memihak empat gol terhadap tuan rumah.
Kali terakhir Malaysia bertemu dengan New Zealand berkesudahan tewas 1-2 dalam perlawanan persahabatan di Auckland 18 tahun lalu.
BACA: Mat Salleh Terkejut Myvi Boleh ‘Hidup’ Selepas 4 Tahun Tersadai, Bunyi Enjin Masih ‘Sedap’
BACA: Pernah Viral Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan, Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’
BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia