Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Didakwa Nampak Kelibat 'Nenek'
Kredit: @bangkokpost.official via TikTok

Dakwa Ada Kelibat ‘Nenek’ Mata Merah, Tangan Kanak-kanak Tiba-tiba Direntap Entiti

Athirah

Dakwa Ada Kelibat ‘Nenek’ Mata Merah, Tangan Kanak-kanak Tiba-tiba Direntap Entiti

Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Hakikatnya ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan mata kita.

Makhluk ini pula hanya terlihat dalam keadaan tertentu dan apabila itu berlaku, sudah tentu seram sejuk dibuatnya, kan?

Ada yang mendakwa boleh melihat atau berbicara dengan penghuni alam ghaib ini kerana katanya deria keenam mereka terbuka.

Pada masa yang sama, kita juga pernah mendengar kisah kanak-kanak yang ditegur dan diajak bergurau senda dengan makhluk-makhluk ini.

Lebih menyeramkan, mereka boleh berbual dan bergelak ketawa pula ketika bertembung dengan entiti tersebut.

Tangan kanak-kanak direntap ‘nenek mata merah’

Begitulah kejadian misteri yang dikongsikan oleh @bangkokpost.official melalui satu video di TikTok baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, seorang wanita di Thailand mendakwa anak perempuannya yang masih kecil diganggu makhluk halus yang berada di luar rumah.

Pada awalnya, kanak-kanak tersebut dilihat sedang berdiri di hadapan pintu depan rumah mereka.

Secara tiba-tiba, dia menunjuk-nunjuk ke arah luar dan bercakap-cakap, seolah-olah ada seseorang di luar.

Hairannya, ketika itu tiada sesiapa yang kelihatan dan keadaan di luar juga gelap.

Kemudian, si ibu mula merakam perbuatan anaknya menggunakan telefon bimbit sambil bertanyakan soalan kepada kanak-kanak itu dengan siapa dia bercakap dan lihat.

“Adakah awak melihat nenek? Adakah dia masih berada di sana” tanya wanita itu.

Kemudian, si anak memberi respon dengan mengiyakan pertanyaan pertanyaan berkenaan sambil berterusan menuding jari ke arah luar rumah.

“Mata dia merah”

Selain itu, kanak-kanak tersebut turut memberitahu bahawa entiti itu mengenakan pakaian yang sangat cantik.

Namun begitu, yang paling menyeramkan apabila dia memberitahu ibunya bahawa nenek tersebut memiliki mata yang merah.

Video berdurasi 01:05 minit itu turut memaparkan kejadian yang menakutkan apabila tangan kanak-kanak tersebut seolah-olah ditarik dengan kuat oleh ‘entiti’ sehingga dia menjadi terkejut.

“Jangan, jauhkan diri dari saya. Pergi!” kata kanak-kanak berbaju merah jambu selepas ‘ditarik’.

Menerusi video @bangkokpost.official lagi, raut wajah kanak-kanak berkenaan juga berubah menjadi takut dan bertindak menutup pintu rumahnya.

Video berkenaan mendapat 1.2 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut berasa seram dan memberi nasihat kepada si ibu untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika berhadapan benda-benda ‘ghaib’ sebelum ini.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak percaya dengan perkongsian tersebut dan menganggap ia hanya untuk tujuan kandungan semata-mata.

BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

Sumber: @bangkokpost.official via TikTok