Siakap Keli
Gurun Sahara banjir
Gambar Hiasan

Gurun Sahara Dilanda Banjir Buat Pertama Kali Selepas Beberapa Dekad

Gurun Sahara Dilanda Banjir Buat Pertama Kali Selepas Beberapa Dekad

Gurun Sahara terkenal sebagai kawasan ‘tanah gersang’ yang biasanya kering, tandus dan tempat yang susah untuk memperoleh air.

Bagaimanapun, keadaan terkini kawasan itu baru-baru ini sangat mengejutkan.

Berdasarkan imej terkini, ‘tasik besar’ telah terbentuk di antara bukit pasir selepas Sahara dilanda banjir buat pertama kali dalam beberapa dekad.

Menurut CNN, meski Sahara kadang-kadang menerima hujan, biasanya jumlahnya sangat sedikit, dan ini jarang berlaku pada penghujung musim panas di situ.

Namun, pada bulan September, kawasan padang pasir di tenggara Maghribi itu dilanda hujan lebat selama dua hari.

Difahamkan, ini berlaku kerana sistem tekanan rendah yang melintasi Sahara barat laut.

Data awal satelit NASA menunjukkan bahawa beberapa kawasan di rantau tersebut menerima hampir lapan inci hujan.

Ini merupakan satu fenomena yang jarang berlaku, terutama di kawasan padang pasir.

BACA: Murid Tabika Berdepan Detik Cemas, Naik Atas Meja Selepas Bilik Darjah Dilanda Banjir Kilat

Dalam pada itu, bandar padang pasir Errachidia, terletak di tenggara Maghribi, mencatatkan hampir tiga inci hujan dalam tempoh dua hari.

Ini adalah lebih empat kali ganda daripada jumlah hujan biasa bagi keseluruhan bulan September.

Jumlah ini bersamaan dengan lebih separuh daripada jumlah hujan setahun bagi kawasan ini.

Selain itu, beberapa pemandangan di pekan Merzouga menunjukkan air hujan telah membentuk tasik baru di antara bukit pasir.

Sumber: AP
Kredit: AP

Refleksi pokok-pokok palma di pekan tersebut kini kelihatan berkilauan di atas permukaan ‘lagun’ baru, yang dikelilingi oleh bukit pasir yang curam.

Tasik-tasik yang biasanya kering, seperti yang terdapat di Taman Negara Iriqui, taman negara terbesar di Maghribi, juga dipenuhi air.

Imej satelit NASA dari kawasan itu, menggunakan warna palsu untuk lebih menonjolkan air banjir.

Ia menunjukkan tasik-tasik ‘baru’ terbentuk di sebahagian besar kawasan Sahara barat laut.

“Sudah 30 hingga 50 tahun kami tidak melihat hujan sebanyak ini dalam tempoh masa yang begitu singkat,” ujar gensi meteorologi Maghribi, Houssine Youabeb.

Tambah CNN, beberapa kawasan bandar dan kampung di Maghribi juga dilanda banjir yang mengakibatkan kematian lebih daripada sedozen orang.

BACA: Satu Kejadian Tanah Runtuh Dipercayai Berlaku Di Taman Melawati

BACA: Banjir Kilat Landa KL, Beberapa Kawasan Terjejas

Sumber: CNN

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.