Siakap Keli
tanah runtuh taman melawati
Gambar: X @Sapik_z

Satu Kejadian Tanah Runtuh Dipercayai Berlaku Di Taman Melawati

Satu Kejadian Tanah Runtuh Dipercayai Berlaku Di Taman Melawati

Hujan lebat berterusan yang melanda ibu negara Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi mengakibatkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Melawati, Ampang.

Menerusi satu video tular di platform X (Twitter), memaparkan kejadian itu berlaku bersebelahan taman perumahan.

Klip berdurasi 23 saat itu menunjukkan tanah di kawasan bukit bersebelahan, runtuh membawa lumpur dan pokok-pokok tumbang hingga ke kediaman.

Salah sebuah kenderaan dipercayai terkesan dengan insiden itu selepas sebatang pokok dipercayai mengenai pada bahagian hadapan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

https://x.com/Sapik_Z/status/1846015175205572803?fbclid=IwY2xjawF6vD1leHRuA2FlbQIxMAABHQvWcDFf0mqdBQBeE_inTvSyN8wI9Otuut5j0QnmBBP3XzouW7IMopQ46Q_aem_TsltkqWs-68s0_OXIJAHdQ

@darlyndarus

Allahuakbar. Tanah Runtuh Jalan G, Taman Melawati. Live ni. sedang runtuh lagi. Air mengalir deras. #tanahruntuh #tamanmelawati

♬ original sound – Darlyn Darus – Darlyn Darus

Banjir Kilat Landa KL, Beberapa Kawasan Terjejas

Sementara itu, SK sebelum ini melaporkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda hujan lebat berterusan pada pagi ini.

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, beberapa kawasan dikenal pasti berlaku banjir kilat antaranya di sekitar bangunan Bank Rakyat, Wisma Central Jalan Ampang, Jalan Tangsi dan Setapak.

Penunggang motosikal dilihat berteduh di bangunan berdekatan sementara beberapa kenderaan telah ditenggelami banjir.

Dalam pada itu, seorang penunggang motosikal memuat naik video banjir yang berlaku di jalan masuk ke bangunan syarikat penyiaran dan penghasilan media, Bernama. Menerusi perkongsian tersebut, air banjir dilihat tertumpu di satu kawasan rendah.

Keadaan yang sama turut dilaporkan orang awam berlaku di pintu masuk Universiti Malaya dari arah Kuala Lumpur. Banjir setinggi paras lutut itu turut menenggelamkan sebuah kereta. Orang awam dan pelajar universiti turut dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke kampus.

“Jangan masuk melalui gate Kuala Lumpur ke dalam Universiti Malaya di sebelah Masjid Ar-Rahman kerana sekarang banjir yang agak tinggi parasnya. Di hadapan Fakulti Undang-Undang dan juga di Jambatan Lingkungan Budi,” katanya.

Tambahan lagi, Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini turut ditangguhkan hingga pukul 10.30 pagi tadi berikutan sebilangan Ahli Parlimen terperangkap banjir susulan hujan lebat ketika dalam perjalanan ke Bangunan Parlimen.

Sumber: X @Sapik_z, TikTok @darlyndarus

BACA: Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.