Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Twitter

Hasrat Bergambar Bertukar Tragedi, Lelaki Hilang Selepas Diheret Ombak Besar

Azizah Najib

Hasrat Bergambar Bertukar Tragedi, Lelaki Hilang Selepas Diheret Ombak Besar

Indonesia – Seorang pelancong hilang apabila diseret ombak besar di pantai Kedung Tumpang, Kabupaten Tulungagung Jawa Timur, lapor Kompas.

Mangsa dilihat diseret ombak ketika berdiri di tebing batu untuk bergambar pada Ahad sekitar jam 10 pagi waktu tempatan. Menurut laporan media, mangsa merupakan pemuda berusia 20 tahun, berasal dari Kota Medan, Sumatera Utara.

Kronologi pelancong Indonesia diseret ombak

Mangsa yang ketika itu mengikuti program pendidikan di Kampug Inggris, Pare, Kediri telah melancong ke Pantai Kedung Tumpang bersama 15 rakan.

“Hari ini hari minggu jadi tidak ada mata pelajaran di Kampung Inggris Pare Kediri, kemungkinan mereka melancong,” jelas Ketua Polis Pucanglaban, IPTU Bambang Kurniawan.

Apabila tiba di sana, beberapa orang pelajar turun ke tebing batu tersebut. Tebing tersebut mempunyai kolam semula jadi dan berlatarbelakangkan pemandangan laut selatan yang sinonim dengan ombak besar.

BACA: Hujan Lebat, Angin Kencang Di Kebanyakan Negeri Pagi Ini

Ketika mangsa sedang bergambar bersama rakan-rakan, ombak besar tiba-tiba muncul dan menghentam tebing batu, mengenai mangsa dan rakannya. Sejurus itu, mangsa dilihat terseret mengikut ombak kembali ke lautan manakala rakannya selamat.

“Mangsa serta-merta terseret bersama ombak ke tengah laut dan hanyut. Manakala rakannya terselamat,” katanya lagi.

Rakan-rakan mangsa dan pengunjung lain mendakwa mereka tidak berani untuk memberikan bantuan melihat keadaan ombak yang ganas itu.

“Mangsa dilihat terumbang-ambing di tengah hempasan ombak. Dengan keadaan ombak yang besar itu, ia sangat membahayakan,” ujarnya.

Bambang menambah, mangsa yang sedang terumbang-ambing itu kemudiannya hilang dari permukaan laut. Susulan itu, mangsa diisytiharkan hilang.

BACA: Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Terbuka Denmark

Sejurus kejadian tersebut, pasukan pencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi pencarian dengan menyusuri kawasan tebing dari atas.

“Sementara itu, pencarian dilakukan melalui darat dengan menyusuri pantai dan sekitar tebing,” tambahnya.

Pihaknya merancang untuk menjalankan pencarian mangsa hilang di laut apabila ombak kembali tenang dan selamat untuk melakukan operasi SAR.

“Sekiranya pencarian dilakukan di paras laut, bot akan diturunkan melalui Pantai Sine. Jika ia tidak boleh lakukan di sini (Kedung Tumpang),” jelasnya lagi.

Terdahulu, video yang memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

BACA: TikTok Kurangkan Ratusan Pekerjaan, Sejumlah Besar Pekerja Di Malaysia Terjejas

Sumber: Kompas, Miss Tweet