Siakap Keli
tanah runtuh taman melawati ampang 
Sumber : BERNAMA

Kejadian Tanah Runtuh Taman Melawati Ampang 

Kejadian Tanah Runtuh Taman Melawati Ampang 

AMPANG, SELANGOR – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja  Raya meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan E6 / Jalan Serdang, Taman Melawati, Ampang, Selangor. Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati ini melibatkan kawasan penyenggaraan jalan dan perparitan oleh Majlis Perbandaran  Ampang Jaya (MPAJ), manakala kawasan cerun runtuh adalah merupakan milik pemaju. Sebanyak empat (4) buah rumah telah terjejas dan terhalang oleh sisa runtuhan akibat kejadian ini.

1. Runtuhan berlaku sepanjang 30meter dari kaki cerun dengan keluasan permukaan runtuhan seluas 500meter persegi. Kegagalan pada struktur dinding  sistem perparitan (rubble pitching drain) telah menyebabkan aliran air melimpah ke  permukaan cerun. Aliran air yang banyak akibat hujan lebat telah melemahkan struktur tanah dan menumbangkan pokok – pokok pada cerun. Pihak MPAJ telah menjalankan kerja-kerja pembersihan ke atas parit tersebut dan akan melaksanakan lencongan air ke parit bersebelahan jalan. 

2. Hasil siasatan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC JKR) di tapak mendapati terdapat tanda-tanda awal seperti pokok yang condong  dan sedikit keretakan di atas permukaan jalan. Terdapat sisa runtuhan yang  mengandungi campuran tanah cerun berair, sisa pokok tumbang dan sebuah pondok  pengawal di tepi Jalan E6 yang terbalik. Kegagalan cerun adalah merupakan hakisan tanah atas permukaan sahaja dan batuan sedimen dasar di bukit masih kukuh.

3. CKC JKR selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Runtuh di bawah Pelan Induk Cerun Negara akan kemukakan laporan khidmat nasihat pakar teknikal serta  cadangan pembaikan kepada pihak MPAJ. Buat masa ini tindakan mitigasi jangka  pendek yang telah dikenal pasti ialah pembersihan sisa runtuhan, termasuk longkang  di atas dan di bawah cerun, kerja-kerja mencantas pokok di kawasan cerun, pengalihan sementara laluan air dan menutup runtuhan cerun dengan kanvas.

4. Memandangkan kawasan kejadian tanah runtuh melibatkan milik pemaju, dicadangkan pihak MPAJ mengadakan libat urus bersama pemaju untuk kaedah  rawatan kekal bagi memastikan kestabilan cerun dan keselamatan penggunaan jalan pada masa hadapan.

5. Di bawah Pelan Induk Cerun Negara, wujudnya Jawatankuasa Kerja Tanah Runtuh. Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada ahli ICSM (Inter-Goverment  Committee of Slope Management) iaitu Jabatan Mineral dan Geosains (JMG),  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia (APM), BOMBA dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MPAJ.

6. Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa komited dalam memastikan jaringan  aspek keselamatan cerun dijaga melalui inovasi teknologi penyenggaraan yang  berterusan. Ini selaras dengan aspirasi Program MYJalan anjuran KKR yang ingin  menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat dengan penglibatan dan  tanggungjawab bersama oleh semua pihak.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.