Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil. 7/2024, yang telah dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Oktober 2024, secara dasarnya telah bersetuju untuk mengambil pendekatan Pembangunan Kluster Industri, sejajar dengan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Inisiatif ini akan bermula dengan pembangunan kluster industri di Wilayah Tengah, merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Melaka, yang telah mencatatkan konsentrasi industri yang tinggi, terutamanya dalam sektor Elektrik & Elektronik, aeroangkasa, farmaseutikal, dan teknologi makanan.
Seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri, Pembangunan Kluster Industri di Wilayah Tengah ini bakal menyumbang kepada peningkatan beberapa ukuran makro ekonomi negara, termasuk:

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata, “Inisiatif strategik ini bertujuan memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pelaburan, pembuatan dan perkhidmatan bagi beberapa sektor tumpuan. Dalam hal ini, Kerajaan bertekad untuk membangunkan kluster industri bersasar bermula dengan Wilayah Tengah berdasarkan kekuatan sedia ada.
Ini bermakna kita tidak perlu mewujudkan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) atau menambah bebanan kewangan baharu ke atas Kerajaan Persekutuan, sekaligus menjimatkan kos pentadbiran, dan peruntukan fiskal, disamping kita dapat memanfaatkan insentif sedia ada.”
“Saya yakin dengan koordinasi rapat antara MITI, Kementerian dan Agensi lain serta Kerajaan-Kerajaan Negeri, pendekatan kluster industri ini akan dapat menarik pelaburan tambahan, mencipta peluang pekerjaan baharu, meningkatkan ekonomi setempat, serta menggalakkan pertumbuhan saksama dan inklusif,” sambung Tengku Zafrul.
Model pembangunan kluster industri berprestasi tinggi ini telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa negara maju dan MITI akan memastikan usaha senegara (whole-of nation) serta penerapan amalan terbaik global (global best practices) sebagai tunjang utama dalam pelaksanaan inisiatif ini.