Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Ribut Petir
Kredit: Bernama

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Badai Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini

Athirah

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Badai Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantara yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama melanda beberapa kawasan di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Lapan negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka akan melanda daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.

Manakala di Pahang, amaran berkenaan melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

Selain itu, daerah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor juga turut terlibat dengan amaran tersebut.

Manakala di Negeri Sembilan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Seremban dan Port Dickson.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.

Ikuti perkembangan terkini di Facebook METMalaysia

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

Orang ramai diminta sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa dengan mengikuti perkembangan terkini di Facebook METMalaysia.

Sila patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

BACA: Kanak-kanak Diculik Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran – Ketua Polis Selangor

BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook