Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hamas Sahkan Yahya Sinwar Terbunuh Dalam Serangan Israel

Athirah
hamas sahkan yahya sinwar terbunuh
Gambar: BERNAMA

Hamas Sahkan Yahya Sinwar Terbunuh Dalam Serangan Israel

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat.

“Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir,” katanya.

Pada Khamis media antarabangsa melaporkan Yahya Sinwar terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel.

BACA: Israel Dakwa Sedang Periksa Kemungkinan Yahya Sinwar Terbunuh

Sumber: BERNAMA