Siakap Keli
yahya sinwar terbunuh
Gambar: BERNAMA

Israel Dakwa Sedang Periksa Kemungkinan Yahya Sinwar Terbunuh

Israel Dakwa Sedang Periksa Kemungkinan Yahya Sinwar Terbunuh

Tentera Israel mendakwa pihaknya sedang memeriksa kemungkinan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar antara tiga yang terbunuh dalam serangan di Semenanjung Gaza, pada Khamis.

Bagaimanapun identiti ketiga-tiga yang terbunuh itu masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini.

Menurut AFP, seorang pegawai tentera Israel memberitahu pihaknya akan melaksanakan ujian DNA ke atas salah satu jasad yang terkorban untuk menentukan sama ada jasad itu adalah Yahya Sinwar atau sebaliknya.

Terdahulu, Yahya Sinwar dilantik untuk memimpin Hamas selepas kematian Ketua Biro Politiknya, Ismail Haniyeh dalam serangan di Tehran, Julai lepas.

Menurut AFP lagi, Hamas dan Iran mendakwa Israel bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas dikeluarkan Israel berhubung dakwaan berkenaan.

BACA: Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Badai Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini

Sumber: AFP

 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.