Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kadar Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700 Sebulan

Athirah

Kadar Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700 Sebulan

Kerajaan memutuskan untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan.

Berita gembira untuk rakyat Malaysia itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan kadar baharu gaji minimum berbanding kadar lama RM1,500 sebulan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Manakala penguatkuasaan gaji minimum baharu itu untuk majikan kurang daripada 5 orang pekerja adalah berkuatkuasa pada 1 Ogos tahun yang sama.

Ia selepas kerajaan bersetuju untuk memberi tempoh penangguhan selama 6 bulan.

Sumber: Belanjawan 2025