Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Azizah Najib
8 negeri hujan
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 8 negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini.

Menerusi ramalan cuaca yang dimuat naik di Facebook, hanya daerah Sik dan Baling dijangka alami cuaca berkenaan di Kedah. Manakala di Perak, hujan lebat bakal landa daerah Hulu Perak, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Di pantai timur, kebanyakan daerah di Kelantan dijangka alami hujan lebat, ribut petir. Daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang. Di Terengganu, hanya tiga daerah yang bakal dilanda cuaca buruk iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

BACA: Pesawat India Menuju London Dilencongkan Ke Jerman Selepas Ancaman Bom

Terus ke Pahang, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Turun ke Johor, hanya daerah Segamat dijangka hujan lebat.

Beralih ke Sarawak, daerah Kuching (Bau) dan Samarahan (Simunjan) dijangka alami hujan lebat berserta angin kencang. Begitu juga Sabah, cuaca buruk bakal melanda daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

BACA: Dah Macam Berjoget, Gelagat Lelaki Halau Anjing Buat Ramai Terhibur

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Berikutan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di luar dan elak kawasan berisiko.

Terdahulu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada beberapa perkampungan di persisiran pantai yang berisiko dilanda air laut pasang tinggi.

Bagi mereka yang berada berdekatan pantai dan muara sungai, dinasihatkan untuk bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)