Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa Perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail Meninggal Dunia

Hannah
Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Sumber: BERNAMA

Bapa Perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.

Berita itu disahkan melalui catatan di laman Facebook rasmi Bank Islam Malaysia Bhd pada Ahad.

Menurut bank itu, Abdul Halim yang merupakan Pengarah Urusan pertama Bank Islam, adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan telah membentuk asas kewangan Islam di Malaysia.

Dedikasi dan semangat perintis beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan Bank Islam serta meninggalkan impak yang berkekalan dalam pembangunan industri kewangan Islam Malaysia.

BACA: Mayat Lima Mangsa Bot Regata Karam Ditemukan Pagi Ini

BACA: Pemandu Maut, Penumpang Cedera Kereta Terbakar Di NPE

BACA: Malaysia Berduka Atas Kehilangan Yahya Sinwar, Kutuk Kekejaman Israel

Sumber: BERNAMA