Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Geran Tanah Hilang Atau Rosak
Kredit: Facebook
Tiada Kategori

Geran Tanah Hilang Atau Rosak? Ini Yang Perlu Anda Buat

Athirah

Geran Tanah Hilang Atau Rosak? Ini Yang Perlu Anda Buat

Geran hak milikan tanah atau geran tanah merupakan dokumen yang dikeluarkan untuk mengesahkan pemilikan seseorang individu ke atas satu-satu tanah.

Sebagai pemilik tanah, geran tanah ini ibarat identiti kepada tanah dan perlu dijaga dengan rapi. Tanpa geran tanah, banyak urusan melibatkan tanah yang didakwa dimiliki sukar untuk dilaksanakan.

Hendak menjual tanah tersebut pun mungkin menjadi mustahil atau mengambil proses yang terlalu lama dan merenyahkan.

Bagaimanapun, kejadian seperti rumah ditenggalami banjir, terbakar atau ditimpa apa-apa bencana boleh menyebabkan berlaku kerugian besar.

Ini termasuklah geran tanah hanyut dibawa air, rosak atau terbakar menjadi abu.

Justeru, kali ini SK akan kongsikan kepada anda bagaimana hendak melakukan penggantian geran tanah yang baharu sekiranya anda berdepan situasi sebegini.

Pemilik kena buat ini jika geran tanah rosak atau hilang

Menurut portal Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, permohonan Hakmilik Hilang merujuk pada situasi geran tanah yang dipegang oleh tuan tanah atau pihak yang berkepentingan telah hilang daripada simpanan mereka sama ada disebabkan kecurian atau kecuaian (miss place).

Permohonan hak milik tanah yang hilang terbahagi kepada dua iaitu Hak Milik Sementara (HS(D)) dan Hak Milik Kekal (GRN dan PN).

Difahamkan, tempoh masa yang diperlukan untuk penggantian geran tanah yang hilang adalah tiga bulan untuk penggantian hak milikan tanah sementara (HS(D)), manakala enam bulan untuk hak milikan tanah kekal (GRN dan PN).

Berikut adalah 12 senarai dokumen yang diperlukan mengikut pecahan bagi permohonan individu.

  • Salinan asal laporan polis (disahkan oleh balai polis berkenaan) dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap di dalam laporan polis.

  • Salinan kad pengenalan pengadu laporan polis.

  • Surat akuan sumpah pemilik / pemilik-pemilik bersama yang disetemkan (RM10.00).

  • Salinan kad pengenalan pemilik / pemilik-pemilik Bersama.

  • Sijil carian rasmi (tempoh sah laku 2 minggu).

  • Salinan sijil kematian / salinan will @ wasiat & surat akuan sumpah waris yang disetemkan (RM10.00) sekiranya pemilik / pemilik-pemilik bersama telah meninggal dunia

  • Salinan resit cukai tanah dan cukai taksiran terkini yang telah dibayar.

  • Surat akuan sumpah dari pihak-pihak yang berkepentingan berdaftar ke atas hakmilik dan salinan kad pengenalannya serta disetemkan (RM10.00)

  • Surat kebenaran dari pemilik kepada wakil serta surat akuan sumpah wakil dan disetemkan (RM10.00) serta kad pengenalan

  • Sekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.

  • Bayaran permohonan proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) atau RM 440.00 (Hakmilik Kekal)

  • Sila bawa kad pengenalan penyerah dokumen semasa membuat perserahan dan perserahan melalui proses biometrik.

Semoga bermanfaat.

BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

Sumber:

Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor