“Satin Cookies”, Dessert ‘2 Dalam 1’ Bikin Terliur
Sebelum ini, soft cookies yang rangup di luar tetapi kenyal di dalam telah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Bagaikan satu fenomena, ramai yang berlumba-lumba untuk membelinya atau mencuba membuatnya sendiri di rumah.
Teksturnya yang unik dan rasanya yang memikat hati menjadikan ia pilihan popular untuk dinikmati sebagai pencuci mulut atau kudapan santai.
Tetapi hari ini, SK bawakan satu resipi baru yang pasti akan memikat hati pencinta biskut di luar sana iaitu satin cookies, dikongsikan oleh pengguna Instagram @ana.ibrahim78.

Menurut @ana.ibrahim78, dessert ini merupakan kombinasi antara dua pencuci mulut yang sangat digemari ramai, iaitu cookies dan brownies. Betul-betul pencuci mulut dua dalam satu.
Sebelum ia menjadi viral di Malaysia, baik kita buat dulu.
Bahan-bahan Satin Cookies
- 2 biji telur gred B
- 1 ½ cawan gula kastor
- 6 sudu besar serbuk koko
- 270 gram salted pure butter
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 4 – 4 ½ cawan tepung gandum
- 1 ½ sudu teh serbuk penaik
- 250 gram milk chocolate
Cara Penyediaan
- Campur tepung gandum dan serbuk penaik , sebatikan dan ketepikan.
- Sebatikan gula bersama telur.
- Tambahkan butter, serbuk koko, esen vanila, serbuk penaik dan tepung. Kacau hingga sebati.
- Timbang 25gm – 30gm setiap satu dan bentukkan. Letak coklat cair diatasnya.
- Bakar pada suhu 165 °C selama 13 minit.
Resipi ini mudah disediakan dan boleh dijadikan kudapan untuk keluarga atau tetamu.
Tidak hanya itu, ia juga sesuai buat mereka yang mencari idea untuk menjana pendapatan tambahan dengan bisnes cookies.

Selamat mencuba.
BACA: Nak Beli ‘Mahal’, Rupanya Senang Je Nak Buat Sendiri “Habanero Honey Fried Chicken” Ni
BACA: Resipi Sambal Jawa Putih, Makan Dengan Nasi Pasti Menambah
BACA:Cara Buat ‘Soft Cookies’ Mudah, Guna Air Fryer Je
Sumber: ana.ibrahim78 via Instagram